Followers

Wednesday, July 23, 2014

Drive

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Bawak kereta. Itu benda baru dalam kamus hidup. Eceh, rasa nak lempang sebab bunyi macam memang tak pernah bawak kereta. Saya stop bawak kereta since 2011 sebab ada insiden yang mana kereta manual yang saya bawak terhenti di tengah2 jalan di simpang tiga. Memang berpeluh habis masa tu, so jadi trauma sikit nak drive sebab kena hon extreme punya hari tu.

Dulu selalu pesan kat orang, drive carefully, kalau fikiran tengah serabut jangan drive. Kalau baru lepas kena cucuk dengan doktor yang sampai khayal sikit tu, jangan drive (Eh?). Bahaya katanya. Dulu selalu jadi co-driver je. Rasa bangga sebab rasa macam baru berkhidmat dengan penuh berjaya menemani si driver. :)

Dulu, masih tak dapat nak bagi signal dalam kepala bila ada orang kata kadang2 bila drive fikiran kita tak fikir pasal kereta pun. Minda separa sedar yang bawak kita pulang ke rumah.

Sekarang dah faham, dah boleh cerna dan me'make-sense'kan apa yang mereka2 ni cakap. Dan akhirnya turut sama terjebak dengan drive tanpa fikiran yang benar2 sedar. (huhu!) Drive ni jadi suatu yang disukai, tak tahu kenapa. Tak kisah kalau co-driver kat sebelah nak terbungkang tidur pun. Sebab bila drive kepala jadi tenang. Minda yang serabut jadi terungkai halus mulus bak sutera (okay over). Boleh layan perasaan.

Selalu, Naem atau Mak atau Abah atau Kakak yang akan jadi co-driver. Since dah drive balik ni, tak pernah lagi drive sorang. Tapi tadi sudah menjadi sejarah, dah melakar sejarah baru. Drive sorang and tekaan selama ni betul, drive sorang ni mengasyikkan (Amboi description over). Dan malam tadi jugak, tangan kaki dan mata yang bawak diri ni balik ke rumah dengan selamat. Sebab kepala dah berselirat dengan pelbagai perkara yang rancak dibualkan dengan Ain masa otw dari Jusco ke Kip Mart. Ikutkan hati memang nak je pusing2 lagi mana2 sebab nak duduk dalam kereta lama lagi. Best, sebab gelap dan sorang2. Tapi nanti orang yang menanti di rumah akan risau jadi terpaksa batalkan niat itu.

Tapi, dalam keseronokan drive sorang2 ni, ada jugak rasa sunyi walaupun dah ditemani celoteh2 DJ atau lagu2 dari corong radio. Tapi sunyi nilah yang mendorong kepala ini tanpa sedar untuk muat turun GPS natural ke rumah sendiri. Moga suatu hari...

Suatu hari nanti....

Friday, July 18, 2014

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Innalillahi wa innalillahi rajiuun.

Saya memang tak sedarkan diri on Thursday (Friday Night) sebab penat gila. Memang awal gila dah tak sedarkan diri. So, basically I didn't know about that incident until waktu sahur. Dekat meja makan, Naem tengah sibuk dengan phone which was an unusual view during sahur. Saya pun tengah mamai lagi masa tu, pastu he said something about jumlah penumpang. Dia bangun sambil cakap there's a press conference on TV.

Saya macam blur kejap sebab serius saya tak faham apa yang dia cakap. Last2 baru dapat tahu yang kapal terbang MAS (MH 17) terhempas di sempadan Rusia dan Ukraine. Allah, masa ni tak tahu nak fikir apa. Lambat betul otak nak digest masa ni. Suapan nasi terus terhenti. Lari, ambik phone and nah. Memang newsfeed semua penuh berita ni.

Memang rasa macam.. Allah. Gaza tak habis lagi ditindas oleh Israel, berita MH370 pun masih belum dapat selesai, tambah lagi berita ini. Bertambah2 risau bila tahu ada orang yang dikenali akan naik aeroplane untuk balik ke Malaysia. Alhamdulillah, dah selamat sampai pun. Lega sikit.

Tapi betullah, insiden ni bagi impak lebih especially to the students yang study overseas and yang balik Malaysia masa summer. Nak2 pulak sebab saya akan pulang ke Ames, naik flight, lagi sebulan. Walaupun bukan naik MAS, but still. Ni, nak transit dekat Istanbul for two days pun dah start risau.

 Masa kes MH370 tu pun memang most of my friends cuak gila nak balik sebab baru lagi. Kesan dia tak hilang lagi. Tambah pula MH17, bertambah seriau nak naik kapal terbang.

Tapi bila fikir balik, ajal maut tu di tangan Allah, like anytime boleh terjadi, tak semestinya masa ada atas kapal terbang, kan? Berita MH17 tersiar dekat AWANI, TV3, facebook, twitter, semua media la. Memang rasa macam meruntun jiwa, bayangkan kita yang tiada kenalan dalam insiden tu pun terasa impak dia, boleh bayangkan tak mereka2 yang ada ahli keluarganya terlibat sekali? 

Allah, sungguhlah. Laa yukallifullahu nafsan illa wus'ahaa. Allah takkan membebani seseorang melebihi kemampuannya.

Ingat tak, doa merupakan senjata terkuat seorang mukmin. Jadi, jom ambik kesempatan ni untuk doakan yang terbaik untuk saudara2 kita yang sedang berjuang di tanah Palestin, Moga Allah berikan kekuatan dan keteguhan iman kepada mereka untuk kekal teguh berdiri menentang musuh2 Islam itu. Moga2, Allah patahkan serangan mereka yang tidak berperikemanusiaan dan semoga kemenangan berpihak pada mereka yang menegakkan agama Allah kelak.

Dan semoga Allah tabahkan serta redhakan hati2 ahli keluarga yang terlibat dengan pesawat MH370 DAN MH17. Serta penduduk2 Sabah, insyaAllah. Serta tak lupa, semoga penduduk Malaysia mendapat kesedaran dan pengajaran dari peristiwa2 yang mengejutkan seluruh dunia ini pada bulan Ramadhan kali ini. InsyaAllah.

Al-Fatihah.

Wednesday, July 16, 2014

Perang Badar

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

17 Ramadhan baru sahaja berlalu, menandakan kita dah half way through bulan mulia penuh keberkatan ni. Kita dah pun masuk fasa Ramadhan yang kedua; fasa pengampunan.

Cerita pasal 17 Ramadhan, umum tahu yang hari ni merupakan hari Nuzul Al-Quran, tapi tahukah kalian, ada satu lagi peristiwa yang bawa impact yang besar juga kepada Islam berlaku pada hari yang sama?

Di sini saya ringkaskan serba sedikit perjalanan, strategi serta pengajaran dalam perang Badar ini. :)

Ya, perang pertama terbesar Islam, Perang Badar. Pada bulan Rejab yang mana bulan ini merupakan bulan yang diharamkan berperang, masa zaman Rasulullah dulu ada sekumpulan pedagang Quraisy telah diserang oleh Abdullah Ibn Jasyi yang mana telah menaikkan rasa marah pedagang Quraisy tika itu. Disebabkan itu, akan ada possibility yang mereka akan balas dendam.

Sebagai langkah awal, Rasulullah S.A.W. melakukan persediaan awal pada bulan Ramadhan, sekumpulan tentera muslimin yang dianggotai 313 orang keluar dari Madinah untuk sekat pedagang Quraisy pulang dari Syam ke Mekah.

Tetapi, ketua pedagang Quraisy, Abu Sufyan dapat khabar pasal persediaan ini dan hantar utusan untuk meminta bantuan dari Mekah. Orang Quraisy Mekah yang berang serta merta hantar bantuan ketenteraan berserta kelengkapan yang serba lengkap seramai 1000 orang (ada khilaf; ada orang mengatakan ianya dalam lingkungan 900-1000).

Rasulullah hantar juga utusan iaitu Thalhah bin Ubaidullah & Said bin Zaid untuk menyiasat tentang pihak lawan dan mereka dapat maklumat tentang kabilah Abu Sufyan.

Bijaknya Rasulullah, baginda ingin mengetahui berapa jumlah kekuatan kabilah Abu Sufyan dengan cara yang paling bijak. Baginda mengutus Ali, Zubir dan Saad untuk menyiasat dan dapat maklumat tentang jumlah kekuatan dari seorang budak yang menjadi tukang masak dengan hanya menanyakan soalan berapa jumlah unta yang dikorbankan untuk dijadikan santapan.

Baginda turut juga meminta bantuan dengan bermusyawarah dan akhirnya mendapat sokongan bantuan daripada sahabat baginda sendiri serta pertolongan dari kaum Muhajirin dan Ansar.

Dengan izin Allah, tentera Muslimin menang, kabilah Abu Sufyan tumpas dengan 70 daripada mereka terbunuh dan 70 lagi ditawan. Manakala bagi pihak Muslimin, 14 daripadanya syahid. 

Perang Badar ni ada banyak pengajarannya dan antaranya adalah, dengan kemenangan ini, ianya membawa makna yang cukup besar kepada Islam yang mana ia menjadi bukti kekuatan Islam yang menyebabkan Quraisy jadi takut.

Antara yang lain, 70 tentera Quraisy yang dijadikan tawanan itu akhirnya turut sama memeluk agama Allah selepas melihat sendiri kesucian Islam dengan menyaksikan sendiri kebaikan tentera Muslim melalui layanan terhadap diri mereka meskipun mereka hanyalah tentera yang menentang Islam dan sudah ditawan.

Selain dari itu, kemenangan ini juga memberi sumbangan kepada perkembangan Islam itu sendiri kerana tawanan yang sudah memeluk Islam akan tolong menyebarkan dakwah dan agama Islam apabila mereka semua pulang ke pangkuan keluarga masing2 setelah mereka dilepaskan. Dan akhir sekali, ini juga menjadi bukti dan tanda keimanan kaum Muhajirin dan Ansar yang teguh dan kuat walaupun mereka baru sahaja mengikat janji dalam Piagam Madinah.

p/s: harapnya memberi manfaat. :) Selain dapat refresh balik sejarah Islam yang kita dah lama tinggal masa sekolah menengah dulu. :)

Baby

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Entah. Jadi anak bongsu maknanya takda peluang nak dukung bayi kecik.
Anak Pamie, Adam lahir pun masa tu masih di Ames, tanggung rindu yang amat.
Balik sini bila si Dadam tu dah nak cecah 10 kilo yang mana bayi sebesar dia takdalah sebesar tu.

Tapi bila pergi rumah Pakteh kat Kajang hari tu, at last.
Jumpa sepupu yang sorang ni, lebih kurang sebaya dengan Adam tapi sekali ganda ringan dari Adam.

You know, that feeling.

That feeling you feel when you gotta hold a baby.
That feeling you feel when those little fingers holds your finger.
That feeling you feel when those big eyes staring at your face.
That feeling you feel when she smiles at you.
That feeling you feel when she fell asleep on your lap.

Yes, that feeling.




p/s: Kakak tengah pregnant jugak. And rasanyalah, saya masih juga tak berkesempatan nak jumpa baby kakak masa baru lahir sebab saya akan pulang ke Ames August ni. Lagi sebulan. :'(

Monday, July 14, 2014

A goodbye poem

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ini hari-hari terakhir mereka di bumi Uncle Sam
Dan cerita-cerita tentang hari-hari terakhir mereka
Hanya terbuka untuk kami simpulkan
Hanya tertulis untuk kami sampulkan
Lakaran kisah terbentang untuk kami kumpulkan
Biar tersemat erat dalam ingatan

I said, stay
When the word 'goodbye' is the hardest to say
The memories we made are unfinished masterpiece
Of true love and friendship
The overwhelming pain of watching you walk away
We carry close to our hearts and will never fade away

Thank you
For the expected unforgettable hello and warm welcome
That make us feel exactly like home

Thank you
For the soft touch and magnificient love that unconditionally
Allow us to call you 'family'

Thank you
For thr ups and downs of friendship we had which we
Could never afford to trade with diamonds and golds

Thank you
For the laughter and smile that make it hard for us
To say goodbye

It's a bittersweet goodbye and we're not gonna cry
Cause the memories we had together will always keep us forever

P/s: A poem made by a friend of mine, Ras. This was dedicated to the graduating seniors of Winter 2014. I read it with Ben, my emcee partner for this event. For sure, we are all going to miss all of you guys. 

Thursday, July 10, 2014

Novel

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Saya rasa saya pernah post dalam entry dulu2, tapi tak sure ada lagi atau pun dah termasuk dalam folder drafts pasal novel2 yang bagi saya menarik.

Masa sekolah menengah dulu, saya boleh dikategorikan sekali dengan minah2 serta mat2 bunga yang bila ada waktu lapang, novel sentiasa dalam tangan. Senyum sorang2, tetiba air mata mengalir, gelak out of the blue. Itu normal. Serius. I started baca novel masa ikut sekolah Naem punya school trip. I was in Standard 6 if I'm not mistaken. Naik bas persiaran and dalam poket tempat duduk saya, ada novel titled, Bisikan Rindu. 

Haa, over tak over title dia. Serius, my first novel. And sejak tu memang jadi kaki novel. Bila naik tingkatan satu, rajin je pergi perpustakaan untuk pinjam novel melayu yang jiwang tahap tak hengat tu. Tak padan dengan umur masa tu. HAHAH. My first novel that I bought using my own pocket money was Yang Terindah, cover kulit warna putih and ada bunga daisy. Sanggup okay simpan duit belanja. Memang sampai Form 5, melekat lah dengan novel ni. Habes sekolah pun hobi ni masih ada cuma tak sekritikal dulu.

Sanggup pergi Pesta Buku dekat PWTC untuk beli novel. Jumpa Norhayati Ibrahim, one of the famous novel writer in Malaysia. Yang peliknya, genre2 buku yang saya minat semua pasal cinta, haha. Pardon my old self. Dulu memang macam ni. haha. Novel Awang Murshid memang tak pandang, buku bagaikan puteri ke apa ke, memang tak pandang. Yakni sampai sekarang memang tak minat, mungkin memang tak boleh nak go.

Ingat lagi, masa pergi Book Fair after SPM dengan Qila and Ain, masa ni Qila dok sibuk cari buku dari Hlovate, contengan jalanan. Qila kata masa ni buku ni baru je keluar and dia memang suka baca buku hlovate. Masa ni serius tak teringin langsung nak baca. Baca tajuk pun macam tak minat. Tak pernah dengar pun nama Hlovate walaupun saya ni boleh kira kaki novel.

Ingat lagi, masa on the way balik naik train from penang to KL, boring sangat sebab keretapi dia 'laju' sangat macam siput. Pinjam buku dari Ras, "Contengan Jalanan". Unik buku ni. Ada dua cerita yang berkaitan dari dua perspektif yang berbeza. Tapi masa ni, diri ni masih jahil, belum terbuka hati nak baca this kind of genre.

"Perjalanan mencari Tuhan."

Half way je baca, tak khatam, last2 memang lentok je sebab tak minat. Tapi Alhamdulillah, sejak Allah buka pintu hati ni, tetiba tergerak hati nak baca. Memang buku ni officially jadi one of my favourite novel. Ada pasal cinta tapi sangat-sangat minimum. I don't know. Novel ni macam buka mata saya untuk lihat dunia. In a way.

"The man who decided to change on 12th died on 11th."

Buku ni cerita macam mana seorang hamba Allah tu mencari2 jalan pulang menuju Allah. Bahasa dia boleh masuk dengan jiwa remaja, eceh sekarang dah masuk awal dewasa pun masih boleh masuk okay. Tak bunga2 sangat, straight to the point tapi memang boleh bergetar lah naluri, memang selalu je rasa macam kena lempang 88 kali.

Ever since then, I stop beli novel cintan cintun and start to beli novel2 genre macam hlovate ni. Macam Hilal Asyraf, Fatimah Syarhah or Abdul Latip Talib. Tapi masih lagi baca koleksi2 novel lama yang ada tapi susah nak habiskan.

Serius, saya memang recommend korang kalau ada masa pergi MPH, sebab boleh baca dekat sana, bacalah buku2 hlovate kalau takda duit kan? Sebab baca buku hlovate ni kadang2 sangat berilmiah tau, macam tabah ilmu sikit, pasal Islam, pasal life as a whole, pasal macam mana nak adapt. Serius. Sebab kadang2 manusia ni, well saya pun macam tu dulu, susah sikit nak baca buku2 motivasi, so this is one of the ways available kalau tak mampu nak selak buku motivasi.

I can try to list down novel2 hlovate ni. ANTHEM, TUNAS, VERSUS, Aa+Bb, 5 TAHUN 5 BULAN, GURINDAM JIWA, PELANGI, CONTENGAN JALANAN, ROOFTOP RANT.

Semua best in my opinion. Kadang2 dia macam related to one another. Oh ye, I have just finished baca versus untuk kesekian kalinya and am reading anthem right now. heee~

Okay last but not least, fyi, tak. saya takde dapat royalti pun promote buku ni. Saya just nak share sebab saya nak korang pun dapat apa yang saya dapat. :) InsyaAllah. 

"Sebab kalau bersahabat, mestilah sebab nak ke Jannah bersama-sama kan?"

"Kita bersahabat sebab nak ke Jannah bersama, untuk mendapat keredhaanNya, bukan nak mengharapkan balasan semata."

InsyaAllah. :)

Life in the U.S.: Part 5

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sambungan cerita perjalanan hidup saya di bumi Pakcik Sam. Saya berasal dari keluarga yang sederhana, kalau masa kecik dulu, setiap hujung tahun, kitorang akan melancong. Tapi dalam Malaysia jelah, itupun tak habes pusing lagi. Kami tak pernah keluar negara, kecuali Pamie masa dia pergi tengok Kak Long graduate dulu kat Aussie. So, nak katakan memang tak pernah sekali pun berpeluang ke negara orang.

Alhamdulillah, rezeki saya, dapat melanjutkan pelajaran di Amerika. Nak dijadikan cerita, sebab nilah bila nak dekat winter tu excited dia kemain lagi. Hari2 bukak weather forecast, yelah kat sini kena rajin sikit, kalau salah pakai baju, mau beku badan dan tangan kena tahan sejuk atau berpeluh sebab panas. 

Selama ni selalu tengok ais dekat air je (macam teh'o ais, kunyah2 ais tu, eh?), tak pun dekat peti ais lama, kakak selalu korek2 ais dekat peti ais bahagian atas lepas tu kepal2 kan. Itu jelah yang pernah. haha. 


My very first snow was when I was at home. Masa ni masih Fall semester, my classes banyak petang, paling awal pun pukul 3, kalau tak silap. So masa tengah buat assignment dekat meja study, kat  ruang tamu je pun, tetiba kemain lagi whatsapp punya notification asyik bebunyi je. Semua excited cakap salji turun. Terus masuk bilik pakai tudung pakai sweater, keluar dekat pintu yang dalam rumah, ingat tak hari tu saya ada cakap. Bukak2 memang nampak macam benda2 putih jatuh lembut dari langit. Subhanallah. Bukak je pintu memang mata dah dihidangkan dengan pemandangan ni. Rumput2 hijau dah start dilitupi lapisan putih. Memang masa ni kemain sejuk lagi okay kat luar ni.


Dekat instagram, kawan2 semua dah start post gambar dengan salji. Keluar lagi sekali, memang salji dah start menebal. Ya Allah, memang masa ni senyum sampai ke telinga okay. Nak happy2 tapi takda kawan, so macam forever alone sikit, senyum sorang2 tengok salji. Jakun nak pegang snow for the first time. Dulu ingatkan salji turun sedepuk, rupanya tak. Kut kalau salji lebat, maksudnya, salji yang banyak corak lawa2 tu macam stuck together and turun together. That's why nampak tebal. Baru tahu macam mana salji turun semua.

And for your information, dah berapa lama masuk winter, sekali pun tak pernah okay buat snowman ke Olaf ke. Serius. Masa diorang buat hari tu, I went to Chicago for Leadership Camp. Pernah buat pun masa tu salji dah keras, tak sesuai untuk buat orang salji. Dari orang salji, terus dia jadi macam raksasa versi kecik. Tak upload gambar tu, malu. hahahaha.


After weeks, barulah kitorang, well bukan semua #thejirans yang keluar main salji dekat depan rumah. Sebenarnya saya dengan Ibit yang sibuk nak jugak main, tetiba Hajar nak ikut jugak. Ni depan rumah je. Sebab tu sempoi je pakai baju selekeh2.


Ibtisam. :) Kawan yang selalu layan saya bila mood gila2 saya datang. Sama je bila dia gila. HAHA. Rindu pulak tetiba, boleh? :3


Abaikan keselekehan saya. Fokus kepada salji di belakang. haha.



Ibit busy jadi photographer, padahal masa ni tangan masing2 dah tak terasa apa. beku okay. beku. Nak jugak beria kata candid. Konon2 saya dengan Hajar tengah excited main salji. Kihkih. Layankan jelah. :)


Sebenarnya saya ada buat snow angel. Tapi macam tak senonoh pulak nak letak gambar tu haha. So ni after snow angel lah. Gelak beria sebab segan sebenarnya. Ni sebenarnya tepi jalan, nasib baik tak ramai orang guna jalan ni. HAHA.


Nah, gambar photographer yang kemain creative lagi. Macam model dah. Model salji dan model winter cloth.


Ni masa ambik wefie, konon2 salji masih turun, tapi secara manual, beku tangan. Habis saya yang paling teruk. Ibit pun boleh tahan. Hajar je kurang, mungkin sebab dia tinggi. HAHAH. 


Last but not least, Ukhuwah fillah abadan abada. :) Gambar sweet tangan dan kaki harus ada. That's all. :)

p/s: Moga Allah terus kuatkan iman saudara2 Muslimku di Palestine. Tabahkan hati mereka agar tak putus asa untuk terus berjuang menegakkan agama Allah dan hak mereka. Semoga Allah patahkan serangan tentera rejim zionis Israel agar mereka tumpas berguling. Amin.

Tuesday, July 8, 2014

Life in the U.S: Part 4 (The Lost Lake)

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sorry, kali ni banyak betul cheat day saya eh? Dari hari Sabtu sampai Selasa. Sorry. Tak sengaja, sungguh ada hal dan sebab2 yang betul. So, before nak cerita untuk entry kali ni, saya akan bagitahu sebab musabab cheat day saya. Heheh.


First sekali, kelahiran Khayla Khadeeja, anak kepada sepupu saya yang ada kenduri back to back dengan kakak saya tu, Apis. Isteri beliau selamat melahirkan puteri sulung mereka di HTJ, so dah dekat kan, Mak saya ajak melawat. Ya Allah, rasanya ni first time jumpa baby yang betul2 baru lahir. Perasaan tu taktau macam mana nak describe, rasa tenang tengok muka dia. Lembut je. And memandangkan saya ni anak bongsu, saya tak berpeluang untuk dukung newborn baby ni, takde pengalaman. So, saya agak2 takut2, nak pegang pipi dia pun saya takut. Tapi bila dah sentuh pipi dia, Allah, halusnya laa pipi dia. Rasa nak cium kepala dia, sebab orang kata baby baru lahir ni, ada bau syurga sikit. Teringin tapi saya segan sangat. HAHA. Jadi tak dapat cium.


Seterusnya, kan entry hari tu saya cakap saya ambik kursus kahwin kan? Taraaaa, Alhamdulillah, berjaya dapatkan sijil kahwin. :) HAHA, so sebab tu Sabtu dan Ahad hari tu saya tak dapat nak hapdate blog ni. Ampun ye?


Okay, sambung cerita. Ada one weekend tu, a friend of ours, Michelle, kawan untuk international friendship, ajak pergi hiking. Haruslah pergi kan? Dah lah kami ni memang jenis yang suka lasak2 sikit. :)

 Ramai jugak, dua kereta yang penuh muatan. Michelle ada ajak kawan dia dari negara lain jugak. Can't remember negara mana. Masa ni, masih Fall tapi dah nak dekat Winter, dah sejuk sikit lah. Tapi takdelah sampai tahap kena pakai winter cloth kan? Perjalanan ambik masa dalam 45 minit macam tu dari Ames.


Satu kereta. Amanda ni, kira kawan "International Friendship" kepada Alia Izs. Mine, Jessica tapi beliau tak dapat hadir, Ras pulak dengan Michelle. Yang sebelah kiri duduk depan ni, kawan kepada Michelle, I'm sorry, I can't remember her name. But we knew each other masa Halloween Party the other day. Dia ada 'kembar'. Ahaha.


And jumpa ulat simple2 pun jadi excited gila. Tengah jalan2 bila dah sampai Lost Lake tu, terjumpa ulat ni, tak sure ulat bulu ke apa ke. Tapi tak menggatalkan. Amanda kata, kat Ames ni takde haiwan yang berbisa, takde haiwan yang bahaya, takde haiwan yang menggatalkan. So, berani sikitlah nak hiking kan?


See, dah kata, that's why Michelle terus pegang, yang lain apa lagi, snap snap snap teruslah ambik gambar. Geli pun ada sebab nampak jelas bulu2 dia. Bila pegang dia terus bergulung macam ni.


Jalan2 lagi ternampak pulak ular, tak sure ular jenis apa, ular daun kot. Kira hiking sambil tadabbur alam sekali. Scary walaupun kita berganda2 kali besar dari dia. Michelle kata ni pun tak bahaya.


Proof? Taraaaa, Alia Izs pegang okay. Muka sebenarnya takut jugak tu. Saya tak berani pegang, sebab geli, rasa lembik2 and sejuk. HAHA. Lepas jakun dengan ular liar tu, kitorang lepaskan balik ke tempat asal dia. Oh ye, belakang Izs tu Michelle. :)


Tak lama lepas tu, masa nak menyeberangi macam parit kecik, terjumpa katak pulak. Gaya macam tak pernah jumpa katak je kat Melesia. Beria semua orang kepung sana sini untuk tangkap. Terpaksa rendam tangan dalam air yang sejuk kemain macama air batu and dapat tangkap. Saya berani pegang kepala dia je, guna jari telunjuk. Geli jugak, lembik sejuk basah. Haaa, gabungan tiga2.


Jalan2 lagi, jumpa tumbuhan ni, dia macam buah kapas kat Melesia tu. Kopek buah tu, dala dia ada bulu2 macam ni. Kita tolong pokok ni sebarkan benih2 dia. Sangat ringan kay benda ni. Excited pulak, lembut2 je bulu dia ni.


Before start hiking, kitorang lalu macam padang ni, see, nak kata Fall tak jugak sebab masa ni dedaun kuning merah lelawa tu dah gugur, pokok2 banyak dah botak.


Ecehh, fefeeling Kuch Kuch Hota Hai.


Start dah hiking, kemain cerun dia.


Bawah yang warna macam biru tu, air tau, air sungai. Nampak tak cerun tak cerun. Memang kena guna tenaga betul2 lah. Tak boleh main2. Masa tengak hiking ni, dengar jugak sedas dua bunyi orang guna senapang. Michelle and Amanda kata bukannya musim berburu, diorang pun tak tahu kenapa. Tak lama lepas tu, seberang sungai sana, kitorang nampak maca sekawan rusa/kancil ke apa ntah berlari. Haiwan liar tau. Excited lagi kitorang.


Tengok, sampai kena guna tali untuk tolong kitorang panjat. Berpoloh2 dah ni.


Masa ni dah selamat sampai kat atas. Ni tinggi tau, kalau tengok bawah memang gayat jugaklahh.Ni antara yang join. :)


Masa ni tengah tolong Izs, sebab kasut dia tak sesuai untuk Hiking, tapak tak sokong. Berapa kali jatuh dah dia, saya dengan Amanda kena assist dia, pegang tangan, takut kang terjatuh masuk air terus susah pulak, dah lah sejuk kemain.


Antara view sungai masa hiking, serius lawa okay, Subhanallah. Memang breathtaking semua panorama dia.



Memang kitorang jalan tepi2 sungai ni, tetiba teringat cerita "Man vs. Wild", bukan selalu sungai macam ni banyak buaya ke? HAHA. Mulut, jaga sikit. Alhamdulillah, takde apa. Selamat je semua.



Masa jalan sepanjang sungai tu, ternampak dua gambar atas ni. Ada orang propose okayy? Takde lah secara live, tapi ada bekas dia. Dua okay, dua. Sweet. Entah macam mana lelaki/perempuan tu turun and tulis benda ni kat situ pun tak tahulah.


Otw balik, balik ke kereta. Jangan tertipu dengan sinaran matahari okay, masa ni sejuk, hidung nak dekat merah dah.


Inilah Lost Lake nya, oh ye, rasanya kalau tak silap, that guy is a professor, tak ingat professor apa. Terlupa dah.


Oh ye, yang ni merupakan kesan2 yang menunjukkan kewujudan beaver. Tahu tak beaver tu apa? Beaver yang macam dalam cerita Narnia, yang tolong 4 beradik tu. Michelle kata, Beaver either guna kuku ke gigi untuk tumbangkan pokok, sebab diorang nak lintas tasik/sungai ni. Pokok kan akan terapung. Kira macam tu lah. Kat kawasan ni, banyak jugaklah pokok2 yang tumbang dikerjakan beaver2 ni.





Haha, macam biasa, gambar lagi banyak dari cerita. Commemoration picture. Antara yang join kitorang hari tu. Oh ye, abaikan muka ter over excited saya. Saya memang macam tu. HAHA. 


Last but not least, masa kat United States ni lah kitorang semua belajar untuk mendirikan solat di mana jua kitorang berada. Kalau tak memang terlepas lah waktu solat kalau asyik nak carik masjid je. Kat Ames mana banyak masjid, satu je kalau tak silap. And telekung memang kena selalu bawak, tapi macam saya, saya solat je, sebab saya yakin baju yang saya pakai dah cukup syarat, tutup aurat keseluruhan, insyaAllah. Itu je untuk kali ni. Hehe.

Selamat berbuka (walaupun awal gila). Oh ye, lepas solat tu, panjang2 kan doa untuk saudara2 kita di Palestin yang sekarang diserang tentera rejim Israel. Semoga Allah melindungi mereka, insyaAllah.

Thursday, July 3, 2014

Buah Hati

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Dua hari lepas saya tak update blog, kira cheat day for me. AHAHA. Sorry. When I read back my entries, I realized, I forgot to write 'InsyaAllah'. So, di sini saya nak ulang ayat saya. Saya akan cuba post new entry everyday, insyaAllah. :)

Okay. Dah nak dekat sebulan di tanah air tercinta ni, barulah sempat saya melawat ayah angkat saya dan mak Ros. Padahal taman mereka sebelah sahaja. Family kitorang dah kenal lama, since saya kecik lagi. Kira Mak Ros yang jaga saya since dulu both of my parents kerja kan?

And, I have nickname given by Mak Ros, Syikin. Hehe. Tak tahu mana datang syikin dari 'Nurazira Abd Ghani' tu. Kadang2 diorang panggil jugak adik. Kalau korang perasan, diorang pun ada hantar saya masa saya pergi U.S. nearly a year ago.

Nak dijadikan cerita, I bought Iowa State cup as a gift, tanda ingatan lah kiranya. So sampai2 je rumah Mak Ros and ayah, azan isya' berkumandang. Terus masuk lah kan. Dengar suara Syabil, anak bongsu ayah and Mak Ros jerit, "Mak, Kak Syikin dah sampai." haha. Comel je Syabil ni.

So, teruslah salam peluk cium Mak Ros semua, rindu kan, lama tak jumpa. And teruslah saya bagi cawan tu yang ada dalam plastik.

"Apa ni?"
"Buah hati."

Yakin je tau saya cakap. Mak Ros pun layan je anak angkat dia ni. Waktu tu serius tak fikir apa. Lama sikit tu baru perasan. Ya Allah, segannya. Fikir apa entah sampai tersasul cakap buah hati. Patutnya buah tangan. Cerita dekat Mak, Mak gelak je. Haha. Lantaklah kan Mak, anak Mak dah fikir pasal Baitul Muslim ke apa ntah. HAHA.

Tu je untuk hari ni, oh ye, esok saya and Naem akan hadiri kursus kahwin. Tak tak, bukan bermakna saya akan berkahwin dalam masa terdekat, tak. Akan berkahwin insyaAllah tapi bukan dalam jangka waktu terdekat. Saya and Naem, both decide nak pergi kursus kahwin ni sebab kitorang fikir, kut kalau duduk rumah pun kitorang tak buat apa. Alang2 dua2 tengah free, at least memudahkan urusan di hari kemudian. Kan?

Okay dah. Salam Jum'ah. Al-Kahfi jangan lupa. :)

Wednesday, July 2, 2014

Introvert


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Saya tak reti nak blend in dengan crowd yang besar, like more than 10 people, unless they are the crowd yang sangat rapat macam #thejirans or families. I can communicate with them if I have to, like I have no other choice. Example: Kalau participate in any leadership camp, and ada orang lain from the same Uni, other than myself, I won't speak up. Yes, serious. 

Saya tak reti nak maintain relationship dengan sahibah-sahibah (rakan perempuan) inikan pula sahabat-sahabat (rakan lelaki). Maksudnya macam always keep in touch, whatsapp or private message or instant messsage everyday or everyweek. Tak reti. Exception for certain people lah. Tapi kan, it's not that saya tak ingat langsung dekat diorang. Kut kalau nak saya namakan diorang dari kawan  dari berek ke university, boleh. Tak tipu. Selalu je ingat diorang, kadang2 tu ada je stalk, kalau ada access lah. (K kantoi stalker.)

Saya sukar nak start a conversation (rasanya pernah cakap ni), especially orang yang baru dikenali. Unlike Mak and Abah, yang boleh je tegur strangers even kalau masa tu tengah tunggu nak bayar bil. Maybe that's why Mak and Abah ramai kenalan. Macam anak Abah and Mak ni, kawan kat fesbuk tapi tegurnya idok. Kawan kat fesbuk sampai ratus2, tapi yang selalu bertegur sapa selalunya the one yang closest to my comfort circle. So, kadang2 without realizing it, I always buat orang sekeliling (excluding families kay?) terasa. I'm so sorry.

Okay, so, that's why ramai yang akan fikir saya sombong when they first met me. Honestly, saya suka senyum. Sangat. Tapi bila saya tak senyum, I tend to look really snobbish angkuh riak. Eh? K over. Kira saya tak nampak friendly, tapi actually in real life, saya sebenarnya jenis yang suka sakat orang, suke buat lawak yang saya sendiri nak lempang diri sendiri 88 kali.

People always judge a book by it's cover. Both Unconsciously and consciously. Serious. Kadang2 saya pun macam tu. Like people selalu buat andaian sendiri, they tend to assume instead of ask. Well, terkena batang hidung sendiri. Tapi tak terlambat nak ubah persepsi yang satu ni. Once kita terlajak judge someone, kita undur, reverse, patah balik ke belakang, pulang ke tempat asal, k over lagi, and husnu zhon, jangan suuzhon. Even people taktau pun apa yang kita fikir, He knows. 

That's also one of the reasons why I love to go out with my brother, Naem. Kut kalau ada follow insta saya, memang banyak gambar dengan dia je. Dah macam boyfriend je. Haha. Dengan dia, saya jadi sesengal mana pun dia layan je. Dahlah memang 24/7 dok menghadap adik dia ni je. HAHA. Biarkan, nanti dah bulan lapan nak balik sana, rindu pulak.

Well, taktau pun kenapa taip entry ni tapi memang benda ni asyik buat backflip, renang kupu2 kuak lentang semua dalam kepala. So, nak hentikan, I pour it down onto my writings. Hehe. At least, people know. And at least, I help you guys untuk clearkan all the wrong perceptions you guys have towards me. Hihi.

That's all. Adios. Selamat berpuasa untuk hari ni! :)