اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
"Tupas tak nak ikut saya balik Gemas?"
"taknak."
"okay. Tupas jaga bubu elok2 tau? hari khamis saya tahu Abu dah sihat."
:'(
sorry kakak. saya tak boleh melawan takdir. Bubu dah pergi tinggalkan kita. pergi sebelum sempat kitorang bawa ke klinik. saya sedih sangat. hari tu Abi yang mula2 pergi, saya lagi sedih. ni kira okay sikit tapi sedih sangat.
Abu dah memang sakit lepas disunatkan@dikasikan. demam teruk. sampai meleleh2 air liur. bawak pergi klinik, kene cucuk, makan ubat. Alhamdulillah. dia sihat balik berjangkit pula dekat Abi. dah Abi pulak yang tak larat. ajak makan dia taknak. kejab2 bersin. air liur meleleh. sedih sangat masa tu. kalau sampai masa kena makan ubat, mata dia mesti berair. menangis.
"makanlah ubat ni. kita bukan nak sakitkan Abi. kita nak Abi sihat. semua orang sayang Abi. sebab tu Abi kena makan ubat." macam tulah ayat yang kakak cakap setiap kali bagi Abi makan ubat.
malam tadi Abu makin teruk. bulu dia nampak macam banyak dah gugur. dia diam je. everytime kita pegang, mesti dia mengerang. seksanya Abu. ada one time tu, saya rasa dia nak minum, dia duduk je depan air minum tu. dia tenung je air tu.
"dia mesti nak minum tu. tapi sebab hidung tersumbat. tu dia tak minum." mak pulak yang cakap. mak panggil saya, suruh carikan air zam2. guna injection ubat tu, masukkan air zam2. Pami yang suapkan. Alhamdulillah. dia telan. sepanjang malam, tak dengar pun suara Abu. Dia duduk je depan toilet. tuala mesti ada kat depan dia. supaya air liur tak meleleh kena lantai. sedih sangat.
saya tak dapat tidur. dua tiga empat kali juga bangun. pergi toilet. jenguk Abu, Bobo. usap2 kepala dia. setiap kali terbersin, saya ucap Alhamdulillah. saya lapkan hidung Abu yang meleleh hingus tu.
Abu ni garang2 dia pun, dia manja tau? sangat manja. bulu dia paling kembang. masa dia demam first time tu, dia tidur je sebelah saya. kongsi selimut. kekadang dia menyelit kat tangan, kaki. sebab sejuk. rindunyaa.
pagi tadi, masa saya lena tidur. saya dengar suara mak, "dah mati ke?" lepas tu mak mengongoi je. saya ingat mak mengigau.lepas tu dengar pulak suara abah and pami. terus terbuka mata. ngantuk hilang entah ke mana.
dengan muka tak mandi ni, semua menghadap Abu dekat depan pintu toilet belakang. Ya Allah, lemah je nafas Abu. mata dia terbuka. berair. abah dah usap2 belakang Abu. sebut nama Abu berulang2. mak dah menitis air mata. saya ingat saya kuat. saya duduk je depan Abu. saya usap kepala dia, Ya Allah. sejuknyaa. sejuk yang luar biasa. masakan kepalanya juga sejuk?
Abah dah mengeluh. Abah bangun. menuju ke bilik depan. nak mandi. abah melangkah masuk bilik je, tiba-tiba.... badan Abu kejang. dia macam menahan sakit yang amat. mungkin Malaikat Izrail sedang mencabut nyawanya. sedih sangat. kepala dia dah jatuh, takde beralaskan tuala lagi. Pami takut nak gerakkan, sebab Abu masih bernafas tapi badan dia sudah mengeras.
Abah patah balik. abah naikkan kepala Abu, alaskan dengan tuala. sedihnya Ya Allah. menitis jua air mataku. sebak.
pami cakap, " Abu pegi jelah Abu. pergi jelah. takpe." perlahan je suara Pami.
saya tersedu. " Ya Allah, ambik sajala nyawa Abu kalau itu boleh mengurangkan seksaannya Ya Allah."
Abu pandang mata saya. sayunya.
rindu nanti nak kacau Abu tidur. cium kepala dia, badan dia. rindunya. nak dengar suara manja dia mengiau kat Abah mintak keluar. rindu sungguh nak tengok dia bergumpal dengan Bobo, dengan Abi. rindunyaa Ya Allah.
Bila mak, abah dah pergi depan, Pami pergi mandi. saya tak sanggup lagi nak menghadap Abu yang nazak tu. sedih sungguh. semua orang nak pergi kerja. pami and mak. abah nak pergi kebun Wan. saya tak nak duduk sorang2 kat rumah. nanti saya asyik menangis je, ingat kat Bubu. masa tengah borak dengan mak and Abah.
"meekkkkkkk " kuat bergema satu rumah raungan Abu. dua tiga kali. takde lagi ngiauan. hanya jeritan halus. ya Allah. terseksanya Abu. saya spontan menangis. saya bangun dan duduk atas sofa. peluk kusyen kecil. cuba sedaya upaya tahan tangisan. abah dah cuba pujuk saya. tapi.... air mata ni tak mampu berhenti.. setia mengalir. dengan sedu sedan saya...
Abah menapak ke arah saya. "shhhhh. shhh.. dah dah. Abah pun sayangkan dia. nak buat macam mana. dah dia nak pergi. biarkan jelah.." abah pujuk. sambil tu, abah raih saya dalam pelukan. abah tepuk lembut bahu saya. seolah dengan tepukan itu saya bisa peroleh kekuatan. walau sedikit. teriakan dah tak kedengaran.
pami keluar bilik air. tanya. "dah mati ke..?" abah, mak dan saya senyap. pami pergi check. "ehhh?" terkejut suara dia.
masa tu, saya tau, saya betul2 taknak duduk sorang2. saya nak ikut abah pergi kebun. saya terus bangkit dan pergi ke bilik saya. nak ambik baju. pergi dapur and terkejut. tengok Abu dah bergerak dari tempat pembaringannya tadi. terpelanting agaknya bila dia teriak tadi. sakit sungguh agaknya. ya Allah, seksanyaa. Abi hanya duduk di sisi Abu, melihat adiknya bertarung nyawa. muka Abi juga seperti sedih. seperti memahami adiknya akan pergi meninggalkan kami.
Pami kata, masa tu, nafas dia bertambah lemah. badan pun dah keras. saya tak sanggup nak tengok lagi. saya terus masuk bilik air depan. mandi. keluar2 je, saya nampak.. sesuatu dibalut dengan tuala merah yang Abu gunakan tadi. air mata ini jatuh lagi. saya tahu. Abu sudah tiada. Abu sudah pergi.
walau abah nampak teguh, saya tahu. abah menangis di dalam. abahlah yang rajin melayan abu, abi and bobo kat rumah. abah lah yang rebuskan ikan diorang. abah yang galikan tanah untuk tanam Abu. saya takut nak selak tuala tu. saya takut nak terima hakikat. saya takut. saya takut saya menangis lagi..
pami and abah yang tanamkan abu. exactly sama tempat dengan Abi lama dulu ditanamkan. sedih. masa perjalanan pulang dari kebun tadi. abah cerita.
"abah bangun subuh pagi tadi. rebuskan ikan untuk kucing2 tu. nampak Abu lemah terbaring. abah panggil nama dia, abah usap badan dia. ekor dia gerak2. maknanya masa tu dia dengar lagi. abah cium dia, abah terbau something yang busuk. abah dah rasa tak sedap....." mata abah bergenang masa abah cakap. abah cakap ni lepas kakak call saya. minta kepastian tentang pemergian Bubu tu. " dia dah taknak makan.. abah bagi dia minum air zamzam. dia telan..."
saya dah sayu masa ni. rasa macam menyesal je kasikan dia. :'( tapi... ni semua suratan Ilahi. tak boleh kita nak melawannya. biarlah kenangan bersama Abu kekal terpahat di kalbu.