Followers

Monday, May 2, 2011

kisah tauladan yang boleh diteladani..

:) alhamdulillah.

saya dah mula melangkah ke hadapan.
mula membuat perubahan.
mungkin bukan lah 100%.
cukup walau hanya sebesar kuman.. :')

ya, mungkin kedengaran riak di sini.
tapi saya ingin berkongsi pengalaman bersama anda.
bagaimana perasaan suci murni itu mula muncul.

bisa sahaja aku memandang kosong buku bercinta sampai ke syurga.
biarkan segala nasihat yang ada masuk ke kepala dan keluar dari hidung mengikut hembusan nafas.

tiada satu yang terkesan.tapi.saya rasa saya dah bersedia.
bersedia melakukan perubahan.

bercinta sampai ke syurga!

ya, saya seorang pembaca. baru memulakan perjalanan menerokai jalan cerita dan nasihat seorang penulis, HASRIZAL ABDUL JAMIL.

baru menyelak dan menghayati setiap patah perkataan di muka surat 49.

dan saya berhenti di situ. kerana saya takut untuk menyelami maksud penulis itu. bahan bacaan yang penuh dengan pengajaran. bahan bacaan yang jika kita fahami dan hayati setiap bait ayat, akan memimpin kita untuk kembali ke jalan yang benar.

saya jadi gerun untuk membacanya kerana.. saya tahu saya akan tersentuh dan mula rasa berbelah bagi.. saya rasa ingin berubah tapi saya masih belum punya kekuatan itu.

pelupuk mata terasa panas bila membaca isu itu. kerana saya tahu, saya sedang menjalani kehidupan yang lebih kurang sama. kerana saya tahu, kawan-kawan seperjuangan, tua dan muda, juga masih melalui tahap kehidupan itu.

kadangkala saya terfikir, kenapa kehidupan saya tidak seperti Muna dalam cerita HUJAN PUN MENARI karya penulis terkenal Norhayati Berahim. Meski hidup gadis itu tidak sempurna tetapi dia punya kekuatan untuk menegakkan pendirian, mengikut landasan dan didikan dari kedua ibu bapanya.

biar saya sendiri tahu, watak Muna ini hanya wujud dalam ilusi sebuah buku, imaginasi kreatif, pengalaman dan penyelidikan seorang penulis. tetapi saya sendiri kagum dengan perwatakan watak itu sendiri.


tetapi saya sedar, saya hanya seorang HAMBA! Hamba yang layak diuji. bukan hamba yang mengaku beriman tanpa diuji. saya tahu, perjalanan hidup saya sekarang sudah tertulis sejak azali. jadi, tiada apa yang patut saya sesalkan. kerana apa yang telah berlaku tak boleh saya kembalikan, biar meleleh air mata darah sekalipun. biar kering air mata ini, takde apa yang berubah. sejarah tetap kekal sebagai sejarah. yang tinggal hanya masa hadapan.


masa hadapan yang perlu saya corakkan sebaik mungkin, agar hasilnya dapat berbakti kepada ibu bapa saya, negara dan mereka yang berada di sekeliling saya.

saya akan meneruskan pembacaan buku ini bila masanya saya sudah bersedia mengubah diri saya.

jadi, saya mengharapkan agar saudara dan saudari yang sudi membuka lembaran blog ini, mendoakan yang terbaik untuk diri saya. supaya saya punya kekuatan untuk mengubah diri saya menjadi lebih baik dari semalam. dan begitu juga sebaliknya.
meski kiranya, saya tidak mengenali saudara mahupun saudari, akan saya doakan yang terbaik untuk anda kerana kita saudara sesama Islam..

* kata hati dari hamba-NYA yang sering melakukan kesilapan.

ASSALAMULAIKUM..