Followers

Sunday, December 11, 2011

kongsi rasa. :D


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


aku melangkah setapak demi setapak. meninggalkan jejak yang mana terpalit dengan lumpur-lumpur hitam. dengan secebis harapan agar lumpur itu bisa pergi, hilang terus dari pandangan. aku cuba berlari, agar lumpur itu akan lebih pantas hilang.

nyata, aku tersalah anggap. masih ada pepasir yang tersisa. puas ku kebas sana sini. masih ada yang degil melekat di seluar. padahal paya yang memalitkan lumpur ini telah lama kering. kering dan dijadikan tempat pembangunan. sudah gah dengan hutan-hutan konkrit. subur sungguh.

susah benarkah kenangan nak berlalu pergi? payah sangatkah? pergi sajalah, berlalu bagaikan angin lalu. itupun payah. entah apa yang bagus untuk aku mengingatinya kembali.

hah! kau mempertikaikan kejadian Allah. Allah lakukan semuanya bersebab.. Dia biarkan kenangan pahit itu kekal di ingatan kau agar kau takkan ulangi kesilapan yang sama. jangan kesali apa yang berlaku.

bayangkan jika Dia tak berikan kau kesusahan, kau takkan pernah bersyukur sebab apa yang kau dapat hanya kesenangan. bayangkan jika Dia tak berikan kau kekalahan, kau akan mendabik dada, bangga kerana tak pernah sekali pun kau jatuh tersungkur. bayangkan jika Dia biarkan kau tak terluka, bayangkan Dia senangkan kehidupan kau. Allah Maha Mengetahui, baik dalam mahupun luar. tak perlu kau luahkan, Dia sudah tahu.


Dia biarkan kau terluka sekarang agar kau akan lebih tabah untuk hadapi dugaan hari esok. bersyukurlah dengan apa yang kau ada. Jika Dia berikan kau seseorang namun seseorang itu hanya tiba dalam hidup kau untuk sementara, percayalah... ada orang yang lebih baik telah Dia aturkan untuk menjadi penemanmu, di dunia, juga di Jannah.

benar. sakit perasaan itu. tapi percayalah kataku. Cinta kita pada Dia yang satu adalah lebih manis dari cinta sesama manusia. biarlah cinta sesama manusia itu muncul bila si dia sudah sah menjadi suami mahupun isteri kita. :") alangkah manisnya rasa rindu pada dia yang sudah halal bagi kita. alangkah indahnya cinta pada dia yang halal bagi kita. percayalah. itu lebih manis.


nota kaki : saja luahkan rasa. :")