Followers

Monday, June 30, 2014

Life in the U.S: Part 3

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Amboi, makin rajin nampak berbelog sejak dua menjak ni? Haha. Takde, sebab rasanya dah janji banyak kali, walaupun saya sendiri tak pasti ada ke orang baca blog ni, nak nak pulak sejak tukar URL blog.

Plus, dah macam janji dengan diri, berblog ni akan jadi one of the routine masa Ramadhan. Huhu. At least, ada something yang akan confirm buat untuk isi masa lapang ni. Dari tengok Korea kan? Ops.

So kali ni, saya nak share our first ever trip to Des Moines, Iowa. Sejak datang bumi Uncle Sam, kitorang (#thejirans) memang tak ke mana. Pergi area Ames je. So, alang2 ISSO sediakan macam trip to Des Moines, kitorang semua register sama2. Memang semua excited gila before gerak tu. Siap goreng Chicken Finger and bawak air oren, al-maklumlah, nak berjalan kan, mana nak dapat makanan halal kat sana. Ada jugak yang kebulur nanti. oh, masa ni Ames masih fall, baru masuk fall.

 Eceh, first2 lagi dah ada gambar sendiri. So, ini dekat belakang Memorial Union, bangunan tinggi kat belakang tu Campanile, rasanya every Uni akan ada satu. So, itu outfit of the day. Jangan terpedaya dengan teriknya sang mentari ya kawan2? Cuaca boleh tahan sejuk nak-nak pulak bagi kami yang first time di bumi uhmerica. Kihkih. kot kalau korang nampak air pancut dekat belakang tu, nama dia Four Season Fountain. Ada 4 ladies pegang something dekat sekeliling fountain tu.

Kitorang ingat akan naik like Bas yang kehlas, or at least bas Iowa State, rupenya, ISU mana ada bas. So kitorang naik school bus yang sebijik macam dalam movie. 45 minit perjalanan and first stop is Sculpture Garden. Excited yiuu, before pergi memang dah checked awal2, batery phone mesti full. Oh ye, masa ni dah ada phone, JPA dah masukkan duit, Alhamdulillah. iPhone 5 I pakai. kihkih.


Motif? Takde.
Tak tau apa naa sculpture ni and taktau pun apa namanya. Okay, Sculpture Garden ni terletak dekat tengah2 bandar Des Moines, kalau tak salahlah. Saya anggap sculture bulat kecik bulat besar ni snow man. entah betul entah tidak, wallahualam.


Ni, member #thejirans. Dari kiri: Alia Izwanis, Ibtisam Ostham, Hajar Ghafar, Siti Mahfuzah. Ras takdo dalam gambar sebab busy dengan sorang kawan from China. Belakang tu, dia macam combination of alphabet yang dicantum2 kan dan menyerupai seorang lelaki yang tidak bermuka. Tak scary okay walaupun description yang saya berikan agak scary. Kat sini, serious lawa untuk ambik gambar sebab langit masa ni biru gila sebab takde awan langsung and rumput dia hijau gitew.


Tak pasti apa jenis sculpture ni, ambik je gambar sebab lawa. Haha.


Ni, saya punya idea. Konon2 nak buat gaya macam frame tapi hampeh, tak jadi. saya lah photographernya, tu pasal senget benget.


Ni, saya photographer, haha bangga sebab lawa. Kut kalau ni kat Seremban, boleh jadi lokasi untuk photoshoot pengantin. K merepek.


Student from China ambikkan sebab kesian kat saya buat muka mengharap. HAHA


Dengan Alia Izmanis. Lawa kan langit? Subhanallah. Serius.


Next stop, World Food Festival. Ingatkan adalah from Malaysia, halal semua kan? huh, non hadoo! Takdoo. Sedih gila. And masa ni, ya Allah, ramai sungguh umat manusia. Nak jalan pun susah. Lepas tu semua lapar, dah bau banyak sangat makanan sedap. Tapi majoritinya tak boleh di makan.

Penat jugak jalan, nak cari yang vegetarian ke. Jalan punya jalan, jumpa Thailand's stall. Yippieeee~!


Can't remember the names tapi boleh dimakan. Yakin. Hihi, terindu Malaysia terus sebab Thailand punya makanan kan macam ala-ala Malaysian sikit. Terindu masakan mak jugak. Sobs.


Ni nama dia lepat pulut. Eh yeke? HAHA, dah lepat nak pulut pulak. Lupalah nama dia tapi rasa dia macam lepat sikit. Terharu sebab lama tak makan makanan Malaysia.


And then, satu jalan dengan World Food Fair, adalah bangunan State Capitol. Jalan kaki je, tak payah mengada nak demand naik bas la heh. Exercise sikit, bagi kurus.


Bangunan Capitol dari dekat. :) Atap dia colour gold. Lawa.


Muka excited nak kene lecture, eh silap nak kene explain dengan tourist guide.


Atap colour gold tu, ni dari dalam. Lawa kan?


Yang ni, apa eh. Pemimpin wanita di Amerika kut. Diorang visualize kan wanita2 ni dengan guna patung2. Dah nak dekat setahun baru nak hapdate kan? Mana nak ingat.
 

Library dalam Capitol. Lagi satu breathtaking view dalam trip ni.


Buku2 yang kalau ada kat rumah saya, memang tak terbaca. Tebal2 kemain.



View of the library. bertingkat2, kut kalau nak letak satu dalam rumah pun tak muat. Besar sangat, nak letak kerabat2 dalam ni pun muat okay. tapi satu jelah, romantik sangat lampu dia ni, kang tertido pulak masa membaca.


Fefeeling sorang2 atas tangga. Masa ni segan kay, sebab ramai jugak beratur nak bergambar. mata semua spot tepat dekat saya. sumbing je senyum rasanya.



Motif gambar ni? Haha, rasa lawa. So, ambiklah.


 Tourist guide tu kata, ni kabinet punya meeting room. Besar boleh tahan. Ceiling dia ya Allah, lawa okay. Motif pun taktau sebab confirm2 masa ni semua busy nak berpidato, mana sempat nak pandang atas. tak ke?


Ni lagi satu, gambar kiri tu, sebenarnya seramik/marble yang dipecah2 kan jadi kecik, dan ditampal menjadi seperti gambar di sebelah kanan. Agak2 berapa lama masa yang diambil untuk buat? Bukan gambar satu ni je, banyak jugak tau characters yang dibuat. Memang mampu ternganga je masa tengok dinding ni.

Kira bangunan Capitol ni last stop. Kut kalau ingat balik, sebenarnya tak banyak pun tempat kitorang melawat. Right after that, kitorang terus gerak balik. Sampai dalam pukul 4-5 petang.


Last visit, gambar di Iowa State University. Ini sahaja untuk entry kali ni. Gambar je over. Cerita sikit je sebenarnya.

Walaupun awal, selamat bebuka! Hari ni Mak kata, makan mi kari! Alhamdulillah.

Cerita Ramadhan Saya


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ramadhan datang lagi and Alhamdulillah, kali ni insyaAllah saya dapat bersahur, berbuka, berpuasa di rumah. Walaupun kuota family tak mencukupi, tapi kira normallah kan? Kakak and Pamie both dah berkeluarga, mestilah kena spend time dengan family sendiri ye dok? Nanti, one day, insyaAllah saya and Naem pun akan macam tu. *hihi*

Sebelum tidur malam tadi, terbayang masa Ramadhan last year. Ramadhan last year saya masih struggling di ADP, ambik summer semester. Memang busy gila sampai nak spend time dengan family pun susah. Yang pasti, memang selalunya akan balik Seremban setiap kali weekend. Hari ahad tu selalunya akan balik after berbuka dekat rumah. Abah yang selalunya hantar.

And setiap kali balik tu juga memang akan pergi Bazaar Ramadhan, tak kiralah kat ampangan ke, Paroi ke, TTJ ke, Seremban Jaya ke. Abah lah yang rajin melayan. Entah, mungkin sebab anak bongsu, so memang dari kecik memang Abah akan hangkut anak dia yang sorang ni sekali pergi beli juadah berbuka. So, bila dah besar, I enjoy berjalan di bazaar. 

Ingat lagi, since masuk Taylors, memang agak sukar nak jejakkan kaki ke Bazaar Ramadhan, especially bila duduk Casa. Pernah jugak dengar kawan2 from another program kata ada je bazaar dekat subang ni. USJ 1 katanya. Tapi tulah, nak ke sana tu yang masalah. Kami bukannya ada kereta yang mudah nak ke sana sini. Kut ada pun orang punya, so macam segan nak demand mintak tolong bawakan pergi bazaar. Tapi adalah sekali dua pergi, ada insan baik hati tolong bawakkan. hihi.

Tarawikh, kut masa foundation year tu, turun kat level  1 casa subang tu je, ada macam surau tapi memang diorang adakan solat tarawikh berjemaah. Tapi sejak incident yang satu tu, dia jadi macam fobia nak turun. HAHA. hanya warga casa yang hadir waktu tu yang faham maksud saya ini. 

Bila fikir balik, terkejut jugak sebab boleh kata memang everyday Ras and I akan masak for both berbuka and bersahur. Tak pernah terlepas, rasanyalah. Rajin gila kay masa tu. haha. Everyday kitorang akan decide nak makan apa, sebab kene pergi Mydin beli barang. Masa ni pun sebenarnya agak sesak sebab JPA tak providekan elaun sebenarnya. Adalah sebab tertentu. hiiiks.

And paling tak boleh lupa, one day ni. After rehearsed theater sampai malam, kalau tak silap ni hari Sabtu, ke Jumaat, tak ingat sangat. We both decided to sleep dekat Masjid berhadapan dengan Sunway Pyramid. Masa ni rasanya 10 malam terakhir Ramadhan. So, kitorang fikir alang2 dah balik lambat baik berqiam di masjid. 

Malam tu memang sebenarnya dua2 tengah kepenatan. Memandangkan bahagian perempuan di dalam masjid tu tak berapa convincing, cuma dipisahkan dengan bidai, so rasa insecure. Dengan betapa ramainya muslimin di bahagian hadapan. So, kitorang fikir lagi selamat duduk kat bahagian telekung. Malangnya, dekat bahagian telekung tu, memang telekung sahaja yang ada. Takde kipas, yakni aircond dalam masjid pun tak terasa kat kawasan tu. Kitorang fikir macam, takpelah, sekejap je pun, nak hilangkan lelah sementara tunggu pukul 3-4 pagi. 

Baru nak lelapkan mata, dengar pulak suara lelaki2 kat luar masjid, tapi bunyi macam dekat gila, yelah, dah kita dua je perempuan kan? Mestilah rasa tak sedap. Terus kitorang block pintu dengan kerusi, dengan harapan macam bagi keberanian dekat kitorang lah. So, tutup mata lagi, and again. Saya tak boleh tidur sebab panas and nyamuk sibuk bernyanyi riang dekat telinga. Geramnya ya Allah masa tu. Memang penat tapi tak boleh nak tidur. Tengok sebelah Ras dah lena. Saya terus jadi jaga nyamuk. HAHA. Nampak nyamuk kacau Ras, saya halau2, sambil tepuk amai2. haha. 

Memang susahnya lah nak tidur. Ras pun tak berapa nak lena sebenarnya. Tak ingat macam mana, mula2 kitorang tutup lampu sebab susah pulak nak tidur bila lampu kalimantang tu terang benderang atas kepala kan? In the end, kitorang bukak jugak sebab nyamuk ni ya Allah, annoying sangat. Entah macam mana, tengah Ras lena tidur, tetiba dia jerit cakap ada inche lipas cakap 'hello' dekat kaki, terus dia sepak. Fobia. Aiisehh, lagilah tak boleh tido. Like seriously, malam tu terasa macam panjang sangat and waktu macam lambat sangat berjalan.

Inche lipas setia menunggu di bawah rak2 telekung lepas kena high kick dengan Ras, macam sengaja nak tunggu untuk ambush kitorang. Dari pembaringan, terus kitorang duduk berlunjur sambil bersandar di dinding. Ras tertidur lagi, dan sekali lagi saya tak boleh lelapkan mata. Tengah duduk2 tu, tetiba saya nampak nyamuk mendarat dikaki Ras, cepat je saya tepuk, tapi perlahan sebab taknak kejutkan Ras. Tapi, last-last, saya yang terkejut sebab Ras tetiba menjerit bilamana saya jejakkan tangan atas kaki Ras. Memang rasa nak tergelak guling2 tapi kene behave sebab inche lipas sedang memerhati. Ras mati2 ingat lipas yang merayap dekat kaki dia. Memang last2 kitorang dua2 give up nak lelapkan mata. 

Tak cukup dengan tu, muncul lagi seekor inche lipas yang keturunannya tidak dapat dikenal pasti. Terus dua2 melompat atas kerusi. Dua2 kaki atas kerusi. Mata saya dah mula memberat. Mata yang panda bertambah2 panda. Nasib baik inche lipas yang baru ketemu ni pandai bawak diri keluar dari kawasan jajahan kami. So inche lipas bawah rak masih di situ, statik. 

Dipendekkan cerita, honestly, masa Qiam tu, memang tak fokus saya ni. Ras pulak, wallahualam. Memang tersengguk2, and ada one time tu macam nak terjatuh je. HAHA. fikir balik, teruk betul perangai. Sahur roti dengan air kotak je yang dibeli dekat 7eleven dekat Taylors before gerak pi masjid. lepas sahur, dua2 dah berat nak bergerak. ngantuk plus penat. Gerak pula untuk subuh. Alhamdulillah okay je Subuh. Then after subuh, dua2 dah macam zombie. 

Tak larat nak buat apa dah. Malas nak tunggu bas, tahan teksi jelah. Tak fikir harga dah masa ni. Kat kepala memang terbayang katil kat casa yang memanggil2. Naik teksi dua2 senyap and pakcik teksi ajak burak pun memang rasa macam nak libas je pakcik ni. HAHA. lagi gempak, bateri phone saya dah mati and Ras punya phone pun dah lama hilang. 

Memang sampai2 je casa, dua2 tumbang dan tumpas di medan katil yang sibuk mengajak untuk tidur. Boleh tahan lama tidur, bangun2 baru tahu yang parents kitorang dua2 sibuk mencari kitorang. Sampai Syu yang memang dekat rumah di Selangor di telefon. Nasib baik jugak Mak ada nombor Aina, Mak call Aina and Aina cerita apa yang terjadi.

Memang lepas charge bateri tu, Mak called and kene bebel seperti biasa sebab phone ada tapi takde bateri baik tak payah ada telefon.

So, bila sekarang looking back, semua tu dah berlalu. Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk merasai nikmat Ramadhan. 

Lastly, semoga Ramadhan kali ni akan buat kita jadi yang lebih baik. insyaAllah. :)