Followers

Thursday, December 27, 2012

Family baru. :)


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Habes je final straight balik rumah and hari-hari busy mengemas and at the same time cari baju untuk majlis bertandang. Busy sangat. Entry kali ni mungkin agak panjang. Mungkin, since I have just started typing it. :P 20.12.2012 ialah tarikh dimana keluarga En. Ghani telah menerima seorang ahli keluarga baru. :) Kak Syafiqah.


am welcoming her into the family. Majlis akad nikah berlangsung dengan lancar, dengan sekali lafaz abang ana, Zulfahmi telah sah menjadi suami orang. Alhamdulillah. To be honest, sebak jugak masa tu. Nak, nak time Pamie salam-salam dengan semua orang. Sampai part ana, dia peluk. Aih, tengah berusaha sedaya upaya nak tahan supaya tak nangis and luckily, air mata sempat bergenang je, tak sempat menitis. :')


Gambar family yang mana gambar ana terpotong sedikit. :P takpe2, at least ada kan? heheheee. Dari enam orang ahli keluarga kini kami bertujuh. heeeeee. Actually baju yang kami pakai tak dirancang pun. Kebetulan masa pergi tu kami pakai baju berpasang-pasang. Abah of course dengan Mak, hitam plus biru/purple. Pamie and kakak pakai warna putih, dan ana and Naem pakai warna hijau. Heee~



Inilah pasangan ana pada hari kejadian. huhuu~ sedondon bukan? :B Naem jugak merangkap photographer pada hari tersebut. Tak ketinggalan sepupu-sepupu serta seorang dua pakcik yang jadi bidan terjun dalam bidang fotografi. :) 



Siblings. dua pasang. Baraka Allahu Lakuma Abangku, Mohd. Zulfahmi dan Kakak iparku, Noor Syafiqah. :) May Allah grant both of you with happiness in Dunya and Hereafter. Amin ya Rabbal Alamin.


Family besar ana. Sebahagian je tapi. Yang ni kenduri bertandang. Nak dijadikan cerita, ana pandai sangat pergi book seat untuk exam TOEFL dekat Hotel Sheraton, Kuala Lumpur. Memang ada pulak kan sedara mara yang free boleh hantar. -____- Pandai sungguh. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan ana meski ana terlambat yang amat sampai masa dah ada kat Dewan tu ramai dah sedara yang dah balik. huuuu~ Ampun. Tak disengajakan. 

Berterima kasih yang amat sangat buat Aqila and Afiz yang sudi menemani masa ambil TOEFL tu. heeee. Jazakumullah Khairan Kathira. Hanya Allah je yang boleh balas budi baik dan jasa kalian berdua. :3


Ni gambar lagi satu. Cameraman  ni amateur, gambar family ana tak full. ada yang sebelah je. Al-maklumlah ramai sangat photographernya. Susah nak cari angle terbaik. Takpelah, janji ada kan? Campuran pakcik2 dan makcik2, sepupu sepapat dari kedua belah, mak and ayah. Maaf lagi sekali sebab lambat sampai. :/


Gambar family ana. Abah tetiba lari tema. Alkisahnya sebab baju kelabu yang kitorang beli tu abah kata macam biasa sangat. Abah segan. pun boleh abah. :) Takde satu pun gambar family yang semua orang pandang satu camera. Lantaklah kan? :P Again, welcome to the family Kak Syafiqah. :)

Esok paginya pulak kenduri belah lelaki. Kitorang buat dekat rumah je. Honestly, dari bangun pagi tu sampai malam tak berhenti2 buat kerja. Dari Mak mak sampai ke anak anak. Banyak gila kerja. Malam tu sepupu sepupu semua dah tolong menolong potong bunga rampai. Buat apa yang patut. Serius letih gila but somehow worth it sebab I can see the ukhuwah getting stronger. :) Alhamdulillah. 


Here's the picture during the event. Unfortunately takde satu pun gambar family ana bergambar dengan pengantin di pelamin. -__________- dengan MB Negeri Sembilan ada la. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan kerana sudi bertandang ke teratak kami sekeluarga. :) ya, Tema merah. :) tapi ana dengan kakak ana sesat warna pink bandung. hehehe.

Hari ni serius rasa tak cukup kaki tangan. Ramai sangat yang perlu di salam. Bagi doorgift yang in the end dua kotak balance dia. Alhamdulillah jugak sebab berjalan lancar walau tengah2 majlis ada jugaklah konflik berlaku and pengantin sampai lambat gila~ -___- ada lah sebab tertentu kelewatannya. Takpe. :)

So sekarang, fasa mengemas telah lama bermula and masih lagi berjalan macam biasa. Naem dah balik UNITEN, kakak balik Gemas sebab ada meeting, Pamie and Kak Syafiqah dah lama bertolak jalan-jalan. Tinggal ana, abah and mak je untuk kemas apa yang patut. Kucing2 apa diorang boleh buat? -_- menggedik kat kaki adalah. Buat orang jealous dengan baring tengah2 alam sebab dia boleh tidur kita tak boleh sebab kene mengemas. -____-

Kenduri ni jugak membenarkan ana bertemu sedara-mara yang dah lama tak bersua. Baru tersedar, kami semua sudah besar. Dah tak boleh dah duduk sama2 gelak sambil bertepuk tampar. Semua dah berpotensi jadi Mak and Bapak orang. Tatasusila kena jaga. Even sepupu-sepupu kecik pun dah turut sama membesar. Yang dulu gigi rongak sekarang dah handsome, dah cantik. Dah mula suka bergaya. How time flies. Dulu masih boleh main panjat2 pokok, Main masak2, etc. Sekarang tak dah. Adalah jugak sekumpulan generasi yang baru nak membesar haruslah main-main lagi kan? Tapi generasi sepupu ana dah tak dah. Sekadar duduk2 cerita kisah2 lama. :)

Even Pamie pun dah jadi suami orang. Nak buat perangai tak matang dah tak boleh selalu. Nak buli ana dah tak boleh dah. Eh? Bukan ke? :P hehehe. 


Ni sepupu ana. Haziq dah besar dah. Dah boleh jadi photograper. Dah mula boleh menyesuaikan diri dengan ana and kakak and kekadang nyanyi lagu pelik2 macam ana yang paksa dia nyanyi. HAHA. dah boleh tolong potong bunga rampai. Dah boleh tolong Naem siapkan papan penanda nak ke rumah ana. :) How time flies kan? 


Najwa Latif versi kurus! HAHA. Sepupu ana jugak. Kakak kepada Haziq. Dia jugak berjasa kepada ana kerana sudi menemani ana pulang ke rumah selepas majlis bertandang selesai. :) Sama mengorak langkah ke arah yang ana tuju. Alhamdulillah. Sekarang ana ada teman baharu. :) Moga Allah memudahkan kita melangkah rapat kearahNya. Amin. Semoga Allah beri kekuatan pada kamu untuk menempuhi zaman remajamu. heee. Uhibukkifillah Ruhil Syamimi.

Akhir kata, jutaan terima kasih buat insan-insan yang sudi hadir ke majlis persandingan Abang ana dan Kakak ipar ana di dua2 belah keluarga. Semoga Allah memberkati kalian.

3 comments:

Anonymous Existence. said...

Gambar dengan Naem tu comel! Sweet je :)

Anonymous Existence. said...

Gambar dengan Naem tu comel! Sweet je :)

Nurazira Abd Ghani said...

heheheeee~ Jazakillah ukhti. :3 Alhamdulillah..