Followers

Wednesday, July 16, 2014

Perang Badar

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

17 Ramadhan baru sahaja berlalu, menandakan kita dah half way through bulan mulia penuh keberkatan ni. Kita dah pun masuk fasa Ramadhan yang kedua; fasa pengampunan.

Cerita pasal 17 Ramadhan, umum tahu yang hari ni merupakan hari Nuzul Al-Quran, tapi tahukah kalian, ada satu lagi peristiwa yang bawa impact yang besar juga kepada Islam berlaku pada hari yang sama?

Di sini saya ringkaskan serba sedikit perjalanan, strategi serta pengajaran dalam perang Badar ini. :)

Ya, perang pertama terbesar Islam, Perang Badar. Pada bulan Rejab yang mana bulan ini merupakan bulan yang diharamkan berperang, masa zaman Rasulullah dulu ada sekumpulan pedagang Quraisy telah diserang oleh Abdullah Ibn Jasyi yang mana telah menaikkan rasa marah pedagang Quraisy tika itu. Disebabkan itu, akan ada possibility yang mereka akan balas dendam.

Sebagai langkah awal, Rasulullah S.A.W. melakukan persediaan awal pada bulan Ramadhan, sekumpulan tentera muslimin yang dianggotai 313 orang keluar dari Madinah untuk sekat pedagang Quraisy pulang dari Syam ke Mekah.

Tetapi, ketua pedagang Quraisy, Abu Sufyan dapat khabar pasal persediaan ini dan hantar utusan untuk meminta bantuan dari Mekah. Orang Quraisy Mekah yang berang serta merta hantar bantuan ketenteraan berserta kelengkapan yang serba lengkap seramai 1000 orang (ada khilaf; ada orang mengatakan ianya dalam lingkungan 900-1000).

Rasulullah hantar juga utusan iaitu Thalhah bin Ubaidullah & Said bin Zaid untuk menyiasat tentang pihak lawan dan mereka dapat maklumat tentang kabilah Abu Sufyan.

Bijaknya Rasulullah, baginda ingin mengetahui berapa jumlah kekuatan kabilah Abu Sufyan dengan cara yang paling bijak. Baginda mengutus Ali, Zubir dan Saad untuk menyiasat dan dapat maklumat tentang jumlah kekuatan dari seorang budak yang menjadi tukang masak dengan hanya menanyakan soalan berapa jumlah unta yang dikorbankan untuk dijadikan santapan.

Baginda turut juga meminta bantuan dengan bermusyawarah dan akhirnya mendapat sokongan bantuan daripada sahabat baginda sendiri serta pertolongan dari kaum Muhajirin dan Ansar.

Dengan izin Allah, tentera Muslimin menang, kabilah Abu Sufyan tumpas dengan 70 daripada mereka terbunuh dan 70 lagi ditawan. Manakala bagi pihak Muslimin, 14 daripadanya syahid. 

Perang Badar ni ada banyak pengajarannya dan antaranya adalah, dengan kemenangan ini, ianya membawa makna yang cukup besar kepada Islam yang mana ia menjadi bukti kekuatan Islam yang menyebabkan Quraisy jadi takut.

Antara yang lain, 70 tentera Quraisy yang dijadikan tawanan itu akhirnya turut sama memeluk agama Allah selepas melihat sendiri kesucian Islam dengan menyaksikan sendiri kebaikan tentera Muslim melalui layanan terhadap diri mereka meskipun mereka hanyalah tentera yang menentang Islam dan sudah ditawan.

Selain dari itu, kemenangan ini juga memberi sumbangan kepada perkembangan Islam itu sendiri kerana tawanan yang sudah memeluk Islam akan tolong menyebarkan dakwah dan agama Islam apabila mereka semua pulang ke pangkuan keluarga masing2 setelah mereka dilepaskan. Dan akhir sekali, ini juga menjadi bukti dan tanda keimanan kaum Muhajirin dan Ansar yang teguh dan kuat walaupun mereka baru sahaja mengikat janji dalam Piagam Madinah.

p/s: harapnya memberi manfaat. :) Selain dapat refresh balik sejarah Islam yang kita dah lama tinggal masa sekolah menengah dulu. :)

Baby

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Entah. Jadi anak bongsu maknanya takda peluang nak dukung bayi kecik.
Anak Pamie, Adam lahir pun masa tu masih di Ames, tanggung rindu yang amat.
Balik sini bila si Dadam tu dah nak cecah 10 kilo yang mana bayi sebesar dia takdalah sebesar tu.

Tapi bila pergi rumah Pakteh kat Kajang hari tu, at last.
Jumpa sepupu yang sorang ni, lebih kurang sebaya dengan Adam tapi sekali ganda ringan dari Adam.

You know, that feeling.

That feeling you feel when you gotta hold a baby.
That feeling you feel when those little fingers holds your finger.
That feeling you feel when those big eyes staring at your face.
That feeling you feel when she smiles at you.
That feeling you feel when she fell asleep on your lap.

Yes, that feeling.




p/s: Kakak tengah pregnant jugak. And rasanyalah, saya masih juga tak berkesempatan nak jumpa baby kakak masa baru lahir sebab saya akan pulang ke Ames August ni. Lagi sebulan. :'(