Followers

Tuesday, May 3, 2011

bercinta sampai ke syurga

di pihak anak-anak..



anak2 perlu sedar, Allah SWT tidak mewajibkan seorang anak untuk menyayangi ibu dan bapa!



kasih sayang itu adalah perasaan yang mustahil boleh dipaksa tanpa asasnya. mana mungkin seorang anak yang dibuang, diabai, disisih, dipinggir malah didera oleh ibu bapa mampu memaksa diri membuta tuli menyayangi orang yang tidak menyayangi mereka.



sebaliknya Allah SWT meletakkan kewajipan kita sebagai anak2, adalah berlaku ihsan, berbuat baik dan menghormati ibu bapa. ia bukan balasan kebaikan ibu bapa kepada kita, tetapi ia adalah tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai anak, biar bagaimana sekalipun si ibu dan si bapa.



baik kejam seorang bapa.

biar cuai seorang ibu.

mahupun busuk seorang bapa.

biar kafir atau sundal seorang ibu.



bukan anak yang bertindak menghukum mereka. segala dosa ibu bapa, kecuaian mereka, serba serbi kesalahan dan kekurangan mereka, ibu bapa itulah yang akan bersoal jawab dengan Allah tentang tanggungjawab dan peranan mereka terhadap kita.



seburuk mana pun ibu bapa kita, janganlah sekali2 kita lupa pada kebaikan mereka semasa kita belum ada upaya menyimpan ingatan. kebaikan yang mana mungkin tidak pernah dianggap kebaikan oleh sesiapa kerana berlangsungnya ia tanpa dikenang.



kita menumpang duduk sembilan bulan di dalam perut seorang perempuan. alam itu digelar Alam 'RAHIM'. alam kasih sayang dan alam belas kasihan. jika tiada sekelumit sayang di naluri seorang ibu, nescaya dibuang sahaja isi perut itu di tandas, di longkang, di tong sampah atau di mana sahaja.



kerana secebis belas dan ihsan itulah, kita lahir ke dunia.



lupakah..?(memang tidak ingat), semasa kita kecil, kita menjerit sesuka hati, memalukan ibubapa di tengah kenduri? kita pecahkan pinggan orang, kita curi barang orang, kita kencing dan berak sesuka hati,kita demam tidak bermusim. bukan kita seorang,malah adikberadik yang lain. jika seorang ibu dan seorang bapa, tiada naluri kasih sayang, patah-riuk tulang kita dikerjakan mereka. penat bekerja, tidur entah di mana, bergolok-gadai mencari bekal, apakah semuanya semata2 untuk membesarkan seorang pembenci..?



kita ada ramai kawan, tetapi kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa.busuk wangi,buruk baik, itulah ibu, itulah bapa.



pernah suatu ketika,seorang lelaki datang kepada Abu Darda' r.a memberitahunya bahawa ibu lelaki itu menyuruhnya mentalakkan sang isteri. lalu Abu Darda' berkata, 'aku telah mendengar bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :



" ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah. terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya. " ( hadis sahih riwayat Ahmad, at-Tarmizi dan Ibn Majah)



sandaran dalil Abu Darda' terhadap soalan lelaki tersebut kepada hadis ini ada perbahasan ulama mengenainya, namun persoalan yang terus kekal, Allah menyediakan pintu syurga bukan di tanagn kawan yang paling kamceng, atau kekasih yang sejati itu. pintu masuk ke syurga yang paling utama, adalah pada memenuhi hubungan kita dengan ibu, juga dengan bapa..





kewajipan si anak adalah pada mengekalkan perlakuan baik terhadap ibu bapanya. bukan bergantung kepada layanan ibu bapanya dahulu, tetapi ialah adalah tanggungjawab anak sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.



untuk menyayangi ibu bapa, terpulang kepada anda.



namun..



melaksanakan kewajipan tanpa nilai dan kasih sayang adalah suatu beban. berat tanggungjawab tanpa kasih sayang, adalah maksud malangnya diri yang gagal menyayangi.



suatu ketika Umar al-Khattab r.a dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, " apakah perihalnya kamu ini?"



perempuan itu menjawab, " yang kudukung ini adalah ayahku. dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku."



Umar al-Khattab r.a teruja dengan kejadian itu lalu berkata, " wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya."



perempuan itu membalas, "tidak ya Amir al-Mukminin. aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. semasa dia menjagaku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua, aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati! "



BINASALAH SI ANAK YANG LUPAKAN PERINGATAN INI!





taken from bercinta sampai ke syurga..