Followers

Sunday, March 2, 2014

Post untuk Kau.

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kepada dia yang di gelar kau,

Kau dah lain dari dulu. Aku tahu tanggungjawab kau sekarang makin bertambah. Mananya nak siapkan assignment, mananya nak uruskan event, mananya nak terus tegakkan panji-panji Islam. Aku tahu semua tu. Aku faham dan untuk pengetahuan kau, aku sangat mengkagumi kau. Tapi aku nak kau tahu, aku sentiasa ada kat sini untuk kau. Kalau kau perlukan teman di sisi. 

Aku terbaca comment sahabat kita di laman sosial dan tika itu aku tersedar. Benar. Itu benar. Kau sungguh hebat menyembunyikan masalah kau. Kau sembunyikan dia di balik senyuman kau tu. Tahukah kau senyum kau itu lain rasanya dengan senyum mu yang dulu?

Aku nak kau kembali tersenyum seperti dulu. Aku nak kau jadi kuat macam dulu. Ketika kau, aku dan dia sama-sama berhempas pulas untuk menjadi kuat, ketika semangat kita hampir musnah.

Ingatkah kau? Aku harap kau akan jadi lebih kuat dari itu, tanpa meninggalkan senyummu yang dulu. Kerana itu yang aku rindu.

Ingat wahai kau, "Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang melebihi kemampuannya." Dan ingatlah, telah diungkapkan dalam Al-Quran sebanyak dua kali dalam surah Al-Inshirah, "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Aku harap kau akan kekal tabah dan akan kekal tersenyum dan berterusan membuat orang-orang di sekelilingmu tersenyum, membuat kedua orang tuamu tersenyum bangga dengan kau.

Akhir sekali, aku nak kau tahu, aku sangat menyayangi kau. Lillahi. InsyaAllah.