اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
kalau dulu, balik kampung. saya mesti act like normal. maksud saya. tak payah pakai tudung pun takpe sebab saya fikir saudara takpelah tengok aurat kita. mereka muhrim kita. itu yang saya fikir. saya juga fikir, selagi mereka (yakni saudara mara) masih punya hubungan pertalian darah dengan saya, tak haram untuk mereka melihat aurat kita. dulu, kalau ada camping kat sekolah, atau tidur rumah kawan ke. selamba je pakai shorts. kekadang sleeveless. sebab saya fikir, kawan-kawan saya perempuan, takde batasan aurat.
tapi... everything has changed. i've changed. people's changed. i've grown up. I've learnt so much. but still, it's not enough. nothing will be enough though.
i've read some articles, dengar usrah. bersoal jawab dengan kawan2 yang bersekolah di sekolah2 agama. ternyata saya masih jahil dari segi ilmu ini.
meskipun kawan2 saya semuanya perempuan. masih ada batasan aurat yang perlu saya ikuti. aurat kami adalah dari pusat hingga lutut. ada bezanya batasan aurat sesama wanita muslim and non muslim. and ada banyak pendapat. here are some of them...
"Majoriti fuqaha’ mengatakan aurat muslimah di hadapan wanita non muslim sama seperti aurat di hadapan lelaki ajnabi.
Pendapat lain ialah yang mengatakan muslimah boleh berpakaian seperti pakaian
biasa yang dipakai di dalam rumah. Pakaian yang biasa dipakai di dalam rumah ialah baju berlengan pendek, skirt labuh, seluar panjang (bukan ketat), gaun labuh berlengan pendek dan seumpamanya.
Pandangan ketiga ialah yang mengatakan sama seperti aurat sesama wanita muslimah yakni selain antara pusat hingga lutut.
Bagaimana cara kita memilih antara 3 pendapat di atas? Untuk membuat keputusan terbaik buat diri kita ialah dengan melihat objektif menutup aurat itu sendiri yakni menjaga maruah dan kesopanan wanita Islam.
Oleh itu perlu dilihat kepada akhlak wanita non muslim itu sendiri. Jika dia seorang ya
ng menjaga kesopanan dan menghormati kita, maka pendapat kedua adalah baik diamalkan agar terangkat perkara yang menyusahkan dari diri kita.
Jika wanita non muslim itu seorang yang tidak baik dan sentiasa mencari kelemahan muslimah untuk disebarkan kepada orang lain, maka wajiblah menutup aurat seperti biasa.
Apabila menyebut tentang akhlak, isu ini turut terbuka kepada sesama muslimah dan kanak-kanak sekali pun. Jika wanita Islam atau kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan yang tidak baik, maka tetap wajib menutup aurat seperti biasa di hadapan mereka. Dibimbangi mereka bercerita tentang aurat kita di hadapan lelaki ajnabi."
Ini bukanlah bermakna boleh tunjuk sesuka hati. ini rukshah kalau kita serumah dengan mereka yang bukan muslim. andai kata, housemate kita tu ajak kawan lelaki masuk rumah, wajiblah kita menutup aurat dengan sempurna.
Here comes the one that i'm afraid the most. sejak kecik, mak and abah dah didik saya and adik beradik yang lain untuk salam saudara yang lebih tua sebagai tanda hormat. tak kira sama ada sepupu, bapa saudara mahupun ibu saudara. and now i've changed. okay. tak faham eh apa yang saya cuba sampaikan? try baca article ni..
"Sepupu atau anak-anak sebelah bapa dan ibu saudara tidak termasuk dalam kategori mahram, kerana sepupu ini dikategorikan boleh berkahwin. Firman Allah yang bermaksud :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. " (Al-Nur : 31)
Dari ayat yang dinyatakan di atas ini, tidak ada sepupu atau anak-anak dari bapa atau ibu saudara, maka aurat dan batas pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan sepertimana bukan mahram. Aurat bukan mahram bagi lelaki ialah antara lutut sehingga pusat dan perempuan seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja. Bagi lelaki walaupun batas auratnya antara lutut sehingga pusatnya, maka lebih baiklah ia berpakaian sempurna sebagai adab mendepani tetamu dan perempuan yang bukan mahram, takut berlakunya fitnah atau apa-apa perasaan tidak sepatutnya.
Pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan mestilah dibataskan, kerana haram mereka bersentuhan antara mereka kerana mereka ini boleh berkahwin sebagai pasangan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud :
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susu atau yang menyusukan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri dalam peliharaan kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi (melaikan kamu belum mensetuhi isteri kamu dan menceraikan mereka), bekas isteri-isteri anak kamu yang berasal dari benih kamu, haram kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku dimasa dahulu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa : 23)
Dari ayat Al-Quran di atas ini, dapat difahamkan bahawa sepupu dibolehkan kawin dengan sepupu yang lain. Maka sepupu merupakan bukan mahram. Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya, maka hal ini perlu dijaga batas-batas pergaulan antara sepupu-sepupu. Siksaannya amat berat bagi orang yang melanggar larangan Allah dan Rasulnya."
got it? since kecik sampai dah besar panjang.. 18 tahun dah, saya dah biasa, jumpa sedara mara, tak kira lelaki atau perempuan. mesti saya salam. tapi sekarang. bila dah tau yang mereka bukan muhrim saya. saya nak try avoidkan salam diorang. but then.... saya takut mereka mahupun mak and abah kecik hati. tapi... saya lagi takutkan Allah. saya pasti.. kalau saya balik kampung or pergi rumah saudara. mesti ada yang menghulur tangan. sepupu juga bapa saudara lelaki. macam mana saya nak elakkan dari bersalaman dengan mereka tanpa menyakiti hati mereka..?
one more thing.. dari kecik dah biasa tak payah pakai tudung kalau kat kampung tapi sekarang?? everything has changed. i can't do that anymore. i've grown up. i need to wear tudung. but then.. mesti mereka pelik, dalam rumah, sesama saudara pun nak pakai tudung? nanti nak tidur pun kena pakai tudung sebab memang kebiasaannya kalau balik kampung, memang kami sedara mara akan tidur kat ruang tamu. macam mana? macam mana?
Ya Allah. sesungguhnya perubahan ini perlukan keimanan dan kesabaran yang tinggi. bukan mudah untuk berubah kan? tapi saya pasti.. ganjaran Allah lagi besar dari apa yang perlu saya hadapi. saya perlu kuatkan hati. kuatkan iman. istiqamahkan hati, agar tak cepat berpaling.
mungkin hanya mula2 mereka akan mempersoalkan perubahan ini. lama kelamaan mana tahu mereka bisa fahami? :)
insyaAllah. kalian doakan dipermudahkan perubahan ini ya? akan saya doakan kesejahteraan kalian juga. insyaAllah.
btw, thanks for reading this entry. tak banyak gambar tapi banyak info. heee. assalamualaikum.