اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Muka serius. Kelantangan muzik yang bermain ditelinga dikuatkan. Sekuat yang boleh agar takkan ada bunyi-bunyi asing yang ditangkap oleh halwa telinga. Tak pasti kenapa bertindak sedemikian. Mata makin lama makin layu. Badan dah mula enggan memberikan kerjasama untuk siapkan semua kerja-kerja tergendala. Mungkin sebab letih. Mungkin.
Mungkin juga badan dan mood nak merasa mood lawan bagi perasaan yang dirasai siang tadi. Gembira. Bahagia. Mungkin.
Bahagia bukan sebab yang lain. Bahagia dan gembira sebab dapat pergi carrefour. Perasaan yang tak dapat nak digambarkan. Rasa gembira sangat bila saja kaki melangkah masuk ke pasaraya yang satu tu. Pelik. Mungkin pelik. Tapi itulah realiti.
Sekarang, mata, kaki, badan, otak, dan fikiran. Silalah beri kerjasama. Tidak mahu lagi menangguh projek yang satu ni. Sebab banyak lagi projek lain yang memanggil-manggil untuk segera disiapkan.
Tolak tepi semua benda lain. Tetapkan di fikiran. Lillahitaala.
p/s: banyak sangat yang perlu diperbaiki tentang diri sendiri. Antara salah satu perkara yang tidak disukai ialah duduk bersendirian dalam bilik. Tidak suka. Sebab itulah rela biarkan kaki ni melangkah turun ke rumah sahabat yang satu ni walaupun kaki sudah lenguh dan lemah untuk melangkah setapak ke depan. Nothing is impossible. Kun Fayakun.