اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Bawak kereta. Itu benda baru dalam kamus hidup. Eceh, rasa nak lempang sebab bunyi macam memang tak pernah bawak kereta. Saya stop bawak kereta since 2011 sebab ada insiden yang mana kereta manual yang saya bawak terhenti di tengah2 jalan di simpang tiga. Memang berpeluh habis masa tu, so jadi trauma sikit nak drive sebab kena hon extreme punya hari tu.
Dulu selalu pesan kat orang, drive carefully, kalau fikiran tengah serabut jangan drive. Kalau baru lepas kena cucuk dengan doktor yang sampai khayal sikit tu, jangan drive (Eh?). Bahaya katanya. Dulu selalu jadi co-driver je. Rasa bangga sebab rasa macam baru berkhidmat dengan penuh berjaya menemani si driver. :)
Dulu, masih tak dapat nak bagi signal dalam kepala bila ada orang kata kadang2 bila drive fikiran kita tak fikir pasal kereta pun. Minda separa sedar yang bawak kita pulang ke rumah.
Sekarang dah faham, dah boleh cerna dan me'make-sense'kan apa yang mereka2 ni cakap. Dan akhirnya turut sama terjebak dengan drive tanpa fikiran yang benar2 sedar. (huhu!) Drive ni jadi suatu yang disukai, tak tahu kenapa. Tak kisah kalau co-driver kat sebelah nak terbungkang tidur pun. Sebab bila drive kepala jadi tenang. Minda yang serabut jadi terungkai halus mulus bak sutera (okay over). Boleh layan perasaan.
Selalu, Naem atau Mak atau Abah atau Kakak yang akan jadi co-driver. Since dah drive balik ni, tak pernah lagi drive sorang. Tapi tadi sudah menjadi sejarah, dah melakar sejarah baru. Drive sorang and tekaan selama ni betul, drive sorang ni mengasyikkan (Amboi description over). Dan malam tadi jugak, tangan kaki dan mata yang bawak diri ni balik ke rumah dengan selamat. Sebab kepala dah berselirat dengan pelbagai perkara yang rancak dibualkan dengan Ain masa otw dari Jusco ke Kip Mart. Ikutkan hati memang nak je pusing2 lagi mana2 sebab nak duduk dalam kereta lama lagi. Best, sebab gelap dan sorang2. Tapi nanti orang yang menanti di rumah akan risau jadi terpaksa batalkan niat itu.
Tapi, dalam keseronokan drive sorang2 ni, ada jugak rasa sunyi walaupun dah ditemani celoteh2 DJ atau lagu2 dari corong radio. Tapi sunyi nilah yang mendorong kepala ini tanpa sedar untuk muat turun GPS natural ke rumah sendiri. Moga suatu hari...
Suatu hari nanti....
No comments:
Post a Comment