اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Lalu lagi jalan itu. Kali ini ditemani mak dan abah serta Naem di tempat duduk belakang kereta. Aku buang pandangan ke luar jendela kereta.
Tiga tahun dahulu tiada pepohon yang tertanam di pembahagi jalan itu. Dan aku teringat, ada seorang insan pernah mengatakan padaku, dalam nada gurauan, "Kita patut tanam pokok kat sini. Maybe tanam pokok yang keluarkan bunga-bunga lebat." Sebab aku pernah katakan pada dia, aku cemburu dengan kawasan perumahan dia yang bila tiba masanya akan dipenuhi dengan pepohon yang lebat dengan berbunga merah jambu.
Selepas tiga tahun, aku kembali dari perantauan. Biarpun bukan pepohon berbunga merah jambu yang ditanam di pembahagi jalan itu. Aku masih bisa tersenyum bila kenangan itu mengulit kembali.
Satu soalan yang ingin ku tanya pada insan itu.
"Ada balik Malaysia semata-mata nak tanam pokok masa malam di sini ke?"
If yes, thank you, haha though I know it's not. All the best for the last sprint of your undergrad life. :)
