Nak tinggalkan jahiliyyah bukan mudah. Nak nak kalau
jahiliyyah tu dah lama terpahat di hati. Mungkin juga kotoran jahiliyyah telah
hilang, tapi karatnya masih tertinggal. Jika tak dijaga dengan betul, sisa-sisa
karatan itulah yang akan membawa kita kembali pada jahiliyyah. Kerana itulah,
sahabat-sahabat yang solehah dan soleh perlu sentiasa di sisi untuk saling
mengingati dan saling menegur dengan penuh hikmah. Agar kedua-duanya dapat
memperbaiki diri, menjadi mujahid dan mujahidah yang soleh insyaAllah.