اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Ramadhan datang lagi and Alhamdulillah, kali ni insyaAllah saya dapat bersahur, berbuka, berpuasa di rumah. Walaupun kuota family tak mencukupi, tapi kira normallah kan? Kakak and Pamie both dah berkeluarga, mestilah kena spend time dengan family sendiri ye dok? Nanti, one day, insyaAllah saya and Naem pun akan macam tu. *hihi*
Sebelum tidur malam tadi, terbayang masa Ramadhan last year. Ramadhan last year saya masih struggling di ADP, ambik summer semester. Memang busy gila sampai nak spend time dengan family pun susah. Yang pasti, memang selalunya akan balik Seremban setiap kali weekend. Hari ahad tu selalunya akan balik after berbuka dekat rumah. Abah yang selalunya hantar.
And setiap kali balik tu juga memang akan pergi Bazaar Ramadhan, tak kiralah kat ampangan ke, Paroi ke, TTJ ke, Seremban Jaya ke. Abah lah yang rajin melayan. Entah, mungkin sebab anak bongsu, so memang dari kecik memang Abah akan hangkut anak dia yang sorang ni sekali pergi beli juadah berbuka. So, bila dah besar, I enjoy berjalan di bazaar.
Ingat lagi, since masuk Taylors, memang agak sukar nak jejakkan kaki ke Bazaar Ramadhan, especially bila duduk Casa. Pernah jugak dengar kawan2 from another program kata ada je bazaar dekat subang ni. USJ 1 katanya. Tapi tulah, nak ke sana tu yang masalah. Kami bukannya ada kereta yang mudah nak ke sana sini. Kut ada pun orang punya, so macam segan nak demand mintak tolong bawakan pergi bazaar. Tapi adalah sekali dua pergi, ada insan baik hati tolong bawakkan. hihi.
Tarawikh, kut masa foundation year tu, turun kat level 1 casa subang tu je, ada macam surau tapi memang diorang adakan solat tarawikh berjemaah. Tapi sejak incident yang satu tu, dia jadi macam fobia nak turun. HAHA. hanya warga casa yang hadir waktu tu yang faham maksud saya ini.
Bila fikir balik, terkejut jugak sebab boleh kata memang everyday Ras and I akan masak for both berbuka and bersahur. Tak pernah terlepas, rasanyalah. Rajin gila kay masa tu. haha. Everyday kitorang akan decide nak makan apa, sebab kene pergi Mydin beli barang. Masa ni pun sebenarnya agak sesak sebab JPA tak providekan elaun sebenarnya. Adalah sebab tertentu. hiiiks.
And paling tak boleh lupa, one day ni. After rehearsed theater sampai malam, kalau tak silap ni hari Sabtu, ke Jumaat, tak ingat sangat. We both decided to sleep dekat Masjid berhadapan dengan Sunway Pyramid. Masa ni rasanya 10 malam terakhir Ramadhan. So, kitorang fikir alang2 dah balik lambat baik berqiam di masjid.
Malam tu memang sebenarnya dua2 tengah kepenatan. Memandangkan bahagian perempuan di dalam masjid tu tak berapa convincing, cuma dipisahkan dengan bidai, so rasa insecure. Dengan betapa ramainya muslimin di bahagian hadapan. So, kitorang fikir lagi selamat duduk kat bahagian telekung. Malangnya, dekat bahagian telekung tu, memang telekung sahaja yang ada. Takde kipas, yakni aircond dalam masjid pun tak terasa kat kawasan tu. Kitorang fikir macam, takpelah, sekejap je pun, nak hilangkan lelah sementara tunggu pukul 3-4 pagi.
Baru nak lelapkan mata, dengar pulak suara lelaki2 kat luar masjid, tapi bunyi macam dekat gila, yelah, dah kita dua je perempuan kan? Mestilah rasa tak sedap. Terus kitorang block pintu dengan kerusi, dengan harapan macam bagi keberanian dekat kitorang lah. So, tutup mata lagi, and again. Saya tak boleh tidur sebab panas and nyamuk sibuk bernyanyi riang dekat telinga. Geramnya ya Allah masa tu. Memang penat tapi tak boleh nak tidur. Tengok sebelah Ras dah lena. Saya terus jadi jaga nyamuk. HAHA. Nampak nyamuk kacau Ras, saya halau2, sambil tepuk amai2. haha.
Memang susahnya lah nak tidur. Ras pun tak berapa nak lena sebenarnya. Tak ingat macam mana, mula2 kitorang tutup lampu sebab susah pulak nak tidur bila lampu kalimantang tu terang benderang atas kepala kan? In the end, kitorang bukak jugak sebab nyamuk ni ya Allah, annoying sangat. Entah macam mana, tengah Ras lena tidur, tetiba dia jerit cakap ada inche lipas cakap 'hello' dekat kaki, terus dia sepak. Fobia. Aiisehh, lagilah tak boleh tido. Like seriously, malam tu terasa macam panjang sangat and waktu macam lambat sangat berjalan.
Inche lipas setia menunggu di bawah rak2 telekung lepas kena high kick dengan Ras, macam sengaja nak tunggu untuk ambush kitorang. Dari pembaringan, terus kitorang duduk berlunjur sambil bersandar di dinding. Ras tertidur lagi, dan sekali lagi saya tak boleh lelapkan mata. Tengah duduk2 tu, tetiba saya nampak nyamuk mendarat dikaki Ras, cepat je saya tepuk, tapi perlahan sebab taknak kejutkan Ras. Tapi, last-last, saya yang terkejut sebab Ras tetiba menjerit bilamana saya jejakkan tangan atas kaki Ras. Memang rasa nak tergelak guling2 tapi kene behave sebab inche lipas sedang memerhati. Ras mati2 ingat lipas yang merayap dekat kaki dia. Memang last2 kitorang dua2 give up nak lelapkan mata.
Tak cukup dengan tu, muncul lagi seekor inche lipas yang keturunannya tidak dapat dikenal pasti. Terus dua2 melompat atas kerusi. Dua2 kaki atas kerusi. Mata saya dah mula memberat. Mata yang panda bertambah2 panda. Nasib baik inche lipas yang baru ketemu ni pandai bawak diri keluar dari kawasan jajahan kami. So inche lipas bawah rak masih di situ, statik.
Dipendekkan cerita, honestly, masa Qiam tu, memang tak fokus saya ni. Ras pulak, wallahualam. Memang tersengguk2, and ada one time tu macam nak terjatuh je. HAHA. fikir balik, teruk betul perangai. Sahur roti dengan air kotak je yang dibeli dekat 7eleven dekat Taylors before gerak pi masjid. lepas sahur, dua2 dah berat nak bergerak. ngantuk plus penat. Gerak pula untuk subuh. Alhamdulillah okay je Subuh. Then after subuh, dua2 dah macam zombie.
Tak larat nak buat apa dah. Malas nak tunggu bas, tahan teksi jelah. Tak fikir harga dah masa ni. Kat kepala memang terbayang katil kat casa yang memanggil2. Naik teksi dua2 senyap and pakcik teksi ajak burak pun memang rasa macam nak libas je pakcik ni. HAHA. lagi gempak, bateri phone saya dah mati and Ras punya phone pun dah lama hilang.
Memang sampai2 je casa, dua2 tumbang dan tumpas di medan katil yang sibuk mengajak untuk tidur. Boleh tahan lama tidur, bangun2 baru tahu yang parents kitorang dua2 sibuk mencari kitorang. Sampai Syu yang memang dekat rumah di Selangor di telefon. Nasib baik jugak Mak ada nombor Aina, Mak call Aina and Aina cerita apa yang terjadi.
Memang lepas charge bateri tu, Mak called and kene bebel seperti biasa sebab phone ada tapi takde bateri baik tak payah ada telefon.
So, bila sekarang looking back, semua tu dah berlalu. Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk merasai nikmat Ramadhan.
Lastly, semoga Ramadhan kali ni akan buat kita jadi yang lebih baik. insyaAllah. :)
No comments:
Post a Comment