اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Dua hari lepas saya tak update blog, kira cheat day for me. AHAHA. Sorry. When I read back my entries, I realized, I forgot to write 'InsyaAllah'. So, di sini saya nak ulang ayat saya. Saya akan cuba post new entry everyday, insyaAllah. :)
Okay. Dah nak dekat sebulan di tanah air tercinta ni, barulah sempat saya melawat ayah angkat saya dan mak Ros. Padahal taman mereka sebelah sahaja. Family kitorang dah kenal lama, since saya kecik lagi. Kira Mak Ros yang jaga saya since dulu both of my parents kerja kan?
And, I have nickname given by Mak Ros, Syikin. Hehe. Tak tahu mana datang syikin dari 'Nurazira Abd Ghani' tu. Kadang2 diorang panggil jugak adik. Kalau korang perasan, diorang pun ada hantar saya masa saya pergi U.S. nearly a year ago.
Nak dijadikan cerita, I bought Iowa State cup as a gift, tanda ingatan lah kiranya. So sampai2 je rumah Mak Ros and ayah, azan isya' berkumandang. Terus masuk lah kan. Dengar suara Syabil, anak bongsu ayah and Mak Ros jerit, "Mak, Kak Syikin dah sampai." haha. Comel je Syabil ni.
So, teruslah salam peluk cium Mak Ros semua, rindu kan, lama tak jumpa. And teruslah saya bagi cawan tu yang ada dalam plastik.
"Apa ni?"
"Buah hati."
Yakin je tau saya cakap. Mak Ros pun layan je anak angkat dia ni. Waktu tu serius tak fikir apa. Lama sikit tu baru perasan. Ya Allah, segannya. Fikir apa entah sampai tersasul cakap buah hati. Patutnya buah tangan. Cerita dekat Mak, Mak gelak je. Haha. Lantaklah kan Mak, anak Mak dah fikir pasal Baitul Muslim ke apa ntah. HAHA.
Tu je untuk hari ni, oh ye, esok saya and Naem akan hadiri kursus kahwin. Tak tak, bukan bermakna saya akan berkahwin dalam masa terdekat, tak. Akan berkahwin insyaAllah tapi bukan dalam jangka waktu terdekat. Saya and Naem, both decide nak pergi kursus kahwin ni sebab kitorang fikir, kut kalau duduk rumah pun kitorang tak buat apa. Alang2 dua2 tengah free, at least memudahkan urusan di hari kemudian. Kan?
Okay dah. Salam Jum'ah. Al-Kahfi jangan lupa. :)
No comments:
Post a Comment