اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
I went to school yesterday. At first, mom offered to send me but then since she had a case and required to go the office quite early in the morning then I said to her that I can go to school on my own. That was how my day started yesterday.
Jalan kaki dari rumah ke bus stop, sorang-sorang. dah lebih kurang sebulan tak buat macam tu. Heheh, but this time it was different because tempat ni sangat familiar and ana akan rasa segan yang luar biasa kalau jalan sorang-sorang dekat tempat yang familiar. Tunggu punya tunggu, bas tak datang-datang. Almost one hour passed and takde satu pun bas yang lalu. Teksi adalah. Last-last decide untuk naik teksi.
"Kalau pergi KGV berapa ye uncle?" I asked the taxi driver. An Indian man, middle aged I guess. "KGV mana?" he asked me back. "Sebelah Lake Garden." Dia angguk and asked me again, "Satu jalan ke?" and I was like,'Apa yang satu jalannya?' and I simply answered," Haaa, yelah tu kut."
Masa mula-mula masuk teksi tu, ana perasan yang siaran radio masa tu channel dalam bahasa Tamil but then dah jalan sikit dia terus tukar ke radio Era. HEHEH. Terharu jugak ahh but honestly, I don't mind pun kalau lagu tamil. Okay what lagu tamil, sedap je lenggok-lenggok. :D
Okay. RM12 dikenakan. Hmm, bolehlah. Melepasi pintu gate and kereta-kereta cikgu takde pun. Yang ada hanya kerusi-kerusi yang di susun. Ahhh, sudah. Takkan diorang ada perbarisan apa-apa. Awal lagi ni. Terus je panggil sorang student kat situ.
"Ermm, hari ni ada apa eh? Kenapa susun kerusi macam tu?" I asked. She smiled before jawab," Hari ni parents datang, nak ambil duit RM 100 tu. Hmm, Cikgu ke..?" heheh. Do i really looked like a teacher? beheheheheheehe. " Eh, taklahh. Ex-student sekolah ni."
Bila lalu je kat corridor sekolah, all my juniors pandang2. Haih, ni yang lemah ni. Terus straight to the office, but tak tahu nak buat apa, so I ended up standing beside meja Cikgu Azmiah. HEHEH. Believe it or not, Cikgu Azmiah yang tolong ana dari awal sampai akhir. terharu sangat-sangat. Sobs.
Ana terlupa nak photostate sijil berhenti sekolah, SPM and PMR certs so terpaksa pergi kedai fotostat kat bawah. Tengah on the way tu, terserempak dengan budak-budak form 1 lelaki, kecik je. HAHAA. "Assalamualaikum Cikgu." They said that to me. Faham dakk? Dekat ana? hahahaha. Serius ni, sila jujur, ana nampak macam cikgu ke? :P
Kedai fotostat ramai dengan budak-budak so sebagai orang dewasa, :P haha, ana tunggu je giliran, tak potong line etc etc. hehe. Masa nak cakap tolong fotostat semua tu, bebudak ni pandang2 ana and senyum2 before curi2 tengok sijil apa yang ana nak fotostat. HAHA. Terdengar salah sorang dari mereka cakap, "Hishh, tak payah nak jadi kaki menyebok laa tengok2 sijil orang." Ana kat tepi tu kekalkan buat muka neutral je. HEHEH. padahal dalam hati dah gelak guling-guling. Comel je diorang ni. HAHA. Ana dulu macam tu ke ek?
Cikgu Azmiah bawak ana pergi bilik kaunselor sebab orang pejabat kata bukan kerja pengetua untuk sah-sahkan sijil, so kaunselor yang akan sahkan. Cikgu Sharifah and another two teachers*I can't remember their names,Duhhh.* ada dalam tu and diorang usik ana. "Amboii, sampai berhantar ke sini haa. Sayang betul Cikgu Azmiah dekat kamu, Azira." Ana senyum je lah kan dan Cikgu Sharifah pelawa ana duduk. Cikgu-cikgu berbual dulu before Cikgu Azmiah minta diri and dia pesan untuk pergi jumpa dia lepas pengesahan sijil and ana mengangguk je.
"Kamu ni boleh dah dijadikan menantu. Jangan kamu tak tau, Cikgu Azmiah ada anak bujang." And I was like, cikgu ni, janganlahh main-main. Senyum je lah kan yang termampu and kena usik lagi dengan cikgu sampailah Cikgu Azmiah called me and said Pengetua ada dekat bawah and I have to turun untuk minta tanda tangan.
Kena soal banyak jugak laa dengan Pengetua, ketaq lutut tapi I'm glad that Cikgu Azmiah ada kat sebelah, kekadang Cikgu back up ana. HEHEH. Nak je peluk cikgu tang tu jugak. :') So, all the sijil dh disahkan dan dah ditandatangan. Now what's left is just nak berjumpa adik2 kadet polis.
Wana said depa rehat pukul 10.50 so ana tunggu je kat kantin. segan jugak lahh duduk sorang-sorang and bila student2 datang kantin depa pandang2 senyum2. Haihhh.Merah muka. Tunggu punya tunggu, ana nampak muka yang ana kenal Terus je pergi kat dia and berdiri tegak depan dia.
"Kak Azieeeeee!! " Dengan suara kecik dia, like always. HEHEH. Dulu, Atiqah ni rendah je, sekarang dah sama macam ana. Duhhhh, tergugat. HAHA. Chit-chatting before ternampak Wana kat row sebelah sana. Dia datang, salam and peluk ana. Rindulahh Kak Azie, katanya. Budak2 kadet yang kenal ana semua lambai2 je dari jauh, terharu. Disoal siasat oleh adik2 junior tentang studies and how excited they were kalau diorang jadi ana. Comel sungguh..
Satu je, Farah Aliya takde. -__- lupalahh tu, last2 Wana ajak ana pergi kelas diorang. Ana duduk je luar kelas before Farah pusing and terus dia bangun and datang kat ana. Peluk ana. Haih adik2 ni, makin tinggi pulak dia. Makin kurus pulak tu, "Ni takkan rindu kak Azie sampai kurus kut." haha. I teased her and dia just mengiakan je. borak2 tu ini dengan diorang and last2 ana minta diri. After said goodbye ana jalan je sorang2 and masa kat kantin ternampak bacth SPM last year, lelaki tapi. Diorang pandang and ana just senyum je. Takkanlah tetiba nak datang kat diorang and lepak2 macam dulu kan even ana kenal sangat dengan budak2 KPJ kawad tu.
Tak cukup dengan tu, ana decide nak pi tengok wayang, sorang2. HAHA. I called Mak and mintak kebenaran, mak tanya macam mana nak pergi semua dengan siapa, ana jawablah naik bus sorang2. At first, Mak macam berat hati nak lepaskan tapi last2 mak bagi jugak. Jalan lah ana sorang2 ke Terminal One. I should have brought any book sebab semalam banyak gila masa membazir menunggu. -__-
Naik je bas, ana terus ke tempat duduk second last dari belakang, sorang2. Kejap je tapi sebab ana tukar tempat duduk paling depan. -__- HAHA. Ada auntie yang ada iras Cina tapi surprisingly, half way tu tetiba dia berborak dengan driver bus tu dalam bahasa tamil. Terkejut beruks jugaklah tapi cover. HAHA.
Akhirnya sampai gak kat Jusco. Perut serius lapar sebab dari keluar rumah ana cuma alas perut dengan segelas air suam. -_- Jalan2 kat tingkat wayang dulu, beli tiket untuk The Hobbit then turun tingkat paling bawah untuk makang~ Makang~ Decide untuk makan KFC. Honestly kan, segan jugak nak jalan sorang-sorang tapi lama-lama best je, tetiba jadi feelingless. Makan KFC. Ya, ana makan ayam. HAHA. sorang2, ya. Masa baru nak duduk tu, tetiba ternampak walaupun kabur, dari jauh, nampak kucenk, or nama sebenarnya Yana. Kecik jugak macam dulu. HAHA. Peluk budak kecik tu. Tak sangka dia dah habis form 5. Dia ajak makan dengan dia but I refused. Makan jelah sorang2. Habes je makan terus blah. Jalan macam takde hala tuju. Wayang pukul 3, so solat dulu.
Dah pukul 2. Ras texted me, so another 10 minutes habes dengan texting dengan Ras je. Mengadu sakit kepala dekat Ras semua. Felt like puking semalam. Mungkin sebab ana banyak tengok benda yang jauh2 lama2. Well mestilah. Dah kaburkan, mestilah kena pandang lama2 so that boleh clear. Dah 2.20 so naik balik tingkat wayang. Bosan, termenung. Pandang orang yang lalu lalang. Menyanyi lagi Riff-off Pitch perfect then decide nak makang pop corn. So there I was, lining up to buy a regular popcorn. Baru 2.30 petang. Another half and hour. Oh myyyyy, dah bosan menggila. -____-
Makan popcorn lagi. Datang cleaner sapu tempat ana. Dia ni perli ke apa? Nak kata ana makan bersepah ke? -__- Okaylah okaylah. Makan dengan sopan.
Jusco, tak ramai orang memandangkan ianya weekdays. Tunggu punya tunggu, yeap it's 3 o'clock and number 7 dah bernyala. Yesss, akhirnya. Ana orang ketiga untuk masuk dewan wayang tu. Orang pertama, a malay guy, alone. OK. Second, Indian couple. OK. Third, me, a malay girl. alone. OK. Etc.
seat ana, E06, row tengah bak kata penjual tiket tu. Masa ana nak cari tempat duduk, that Malay guy, okay I will call him Yellow Shirt since he was wearing that colour. Yellow Shirt dah duduk and tempat dia duduk macam tengah je. Ahhhhh sudah. Cane ni. Okay dah jumpa row E. Sheeessshhhh, satu row dengan Yellow Shirt. Okay takpe lagi. Jalan lagi nak cari seat number 6. Jalan punya jalan. SSSSHHHHEEEEEEEESSSSHHHHHHHHHHHHH.
Sebelah Yellow Shirt. Oh MYYYYYYYYYYYYYYYYYY~!
Awkward gila okay duduk sebelah menyebelah dengan a guy. A stranger. -__- Menci! Sebagai tanda protes, ana kunyah jelahh popcorn tapi paling annoying bila tetiba semua senyap and kunyahan popcorn ana je yang kedengaran. Menci lagi!
Tak lama lepas tu, ada another couple duduk sebelah Yellow Shirt. Okay tak awkward dah. Ana rapatkan diri ke arah yang bertentangan dengan Yellow Shirt. Cepatlahh start cerita. Cepatlahh~ Hari tu jugaklah depa pi bukak iklan banyak gila. -____-
Lama2 ana tak peduli dah pasal Yellow Shirt sebab the Hobbit best sangat. AHAHAHA. Habes je movie, ana terus straight keluar without looking back. Dah pukul 6. I called Abah. Mintak Abah ambilkan. And he said, pukul 630 he will pick me up depan CIMB. So, ke suraulah kita gamaknya. Ting Tang Tung. It's already 630, so gerak ke CIMB. Popcorn banyak lagi ohh. -__- Haruslah bawak balikkan. Kang membazir pulak.
Tunggu punya tunggu, There he was.. My hero~! :D haha. So that's how my day was like. I ended up my day with severe headache. So, tertidur masa baring2 atas katil. Awal gila tidur. Penat but it's fun sebab tu first time jalan sorang2 kat Jusco and tengok wayang sorang2. Kat subang selalu je jalan sorang2. hehe. but it was really fun. Semua yang ana buat ikut pace sendiri. Nak laju ke, slow ke. Ikut suka hati ana. Best~ :D
K, entry takde motif. Panjang je lebih. hehe. Adios. Take Care. :)
No comments:
Post a Comment