Followers

Thursday, January 17, 2013

Aku pernah punya impian. Impian aku adalah untuk menjadi penulis. Aku mahu jadikan menulis itu satu medium untuk aku menggapai hati-hati manusia yang tak tercapai dengan lisan. Tapi aku tak pasti sejak bila minat ini terhakis. Aku tak pasti sejak bila penulis dalam diri aku menghilangkan diri. Aku tak pasti sama ada dia akan kembali. Keinginan itu ada tapi kreativiti dah tiada. Tipu kalau aku kata aku tak rasa apa-apa. Menulis pernah menjadi rutin aku suatu ketika dahulu. Baik puisi, cerpen mahu pun novel. Aku akan terus mencari, diri aku yang satu itu. Kalau itu boleh memberi manfaat pada aku, keluarga aku serta orang di sekeliling aku, insyaAllah, 'Azira' yang itu akan aku ketemu. 


No comments: