اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
“Ya Allah, adik! Banyaknya beg.” Ana cuma tersenyum,
menampakkan barisan gigi. “Yeke? Selamat berkenalan lah.” Haha. Ana memang
jenis manusia yang tak reti nak minimize kan barang-barang ana. So, it’s not
surprising.:P
“Kau nak pergi mana ni?” Kakak tanya dengan matanya meliar
melihat beg-beg yang tersusun. “Nak pergi US lah ni.” Senyum lagi. “Ni kalau
pergi US, tak tahulah berapa banyak beg yang kau nak bawak.” Tergelak ana bila
dengar kata-kata kakak. Betul jugak. Tapi haruslah meminimizekan barang sebab
kalau tidak kena caj untuk lebihan berat kan? Huhuu.
‘Malas gila nak kemaskan barang. But last night I dreamt
packing up stuff. 7 bags. -___- Apakah Azira?’ Itu tweet ana sebelum ana
betul-betul pack up barang. Lepas kena suruh dengan Naem, baru ana start
kemas-kemas baju. And guess what, betullah. Bukan 7 beg, tapi 8 beg. Sila
terkejut sekarang. HAHAH.
Masa bawa keluar beg-beg ajaib tu kat ruang tamu, mak pandang
je sebelum..... “Mak aii, banyaknya beg kau dik?” Lepas tu kena tegur dengan
Pamie pulak,” Ni semua barang kau ke dik?” Jari telunjuk dia menunjuk kearah
beg-beg ana. Ana sengih lagi. “Dah tu, takkan dia nak bawak barang-barang kawan
dia pulak.” HAHAH. Mak back up. Nampak sangat Mak kenal dah dengan anak mak
yang sorang ni.
So, jangan pelik kalau ternampak/terjumpa ana tengah
menjinjing lebih dari dua beg. Itu bukan ajaib. Lainlah kalau ternampak ana
balik Seremban dan hanya bawak satu beg. Itu pelik. Itu bukan Azira. HAHA.
No comments:
Post a Comment