اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
hi semua. :) saya baru lepas berblogwalking. and terbaca satu blog ni, dia cerita pasal berjilbab. jadi.. saya nak kongsi dengan korang tentang pengalaman saya bertudung.
saya tak memakai tudung masa sekolah rendah. maksud saya, saya just pakai kalau pergi sekolah agama je and kalau pergi sekolah darjah empat dan ke atas. itupun selebet. anak tudung kalau boleh nak cecah kening. pastu pakai je tudung sarung tanpa awning tu.
tapi kalau keluar dengan family, saya tak pakai tudung. kekadang pakai skirt paras lutut. tapi saya start pakai tudung bila keluar dengan family masa form 1. saya tak ingat apa yang mendorong saya untuk pakai tudung tu. saya akui. masa tu, saya tak tetap iman. saya ikut suka punya pakai. kalau hari sukan ke, merentas desa ke, PJK ke. saya akan tanggal tudung. rimas katanya. another thing, kalau pergi picnic atau mandi air terjun, tentu saja tudung ini akan melayang dari melitupi kepala. jadi, tak sempurna sebenarnya saya pakai tudung ni.
benda ni berlarutan sampai form 5. tapi masa form 4 and form 5. saya dah mula berjinak-jinak dengan shawl. shawl manik2, shawl lembut, shawl keras, shawl bunga2. cakap je. semua ada. saya akui lagi. pakai shawl senang. dulu, saya lagi suka biarkan kepala saya dibaluti shawl dari tudung bawal. kalau saya pakai shawl, tak tengok cermin pun takpe. lilit2 je. tapi tulah. shawl ni, pendek. memang terdedah bahagian depan tu. tidaklah terdedah sampai nampak kulit. tapi nampaklah bentuknya.
oh. maaf kalau saya terlalu berterus terang or ada yang terasa. saya just nak share pengalaman saya. :) saya tahu, masa tu.. walaupun saya bertudung, saya tetap mempamerkan aurat saya. pakai tudung tapi baju menampakkan lekuk tubuh badan. apa gunanya? kan?
dulu jugak. bukak skype dengan lelaki, tak payah pakai tudung pun. :'( jahil sungguh. jadi, apa beza saya dengan wanita yang tak bertudung? sama je kan?
“Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang-orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh karenanya mereka tidak diganggu. Dan ALLAH SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Al-Ahzab: 59).
hadith di atas. tak diganggu? sebentar, izinkan saya mencoret pengalaman saya dahulu.
meskipun bertudung. tak kira di mana saya berada. even tengah jalan dengan akak pun akan kena kacau. bayangkanlah kalau saya jalan seorang diri. tapi yang ini benar salah saya.. meski bertudung, saya menyarungkan pakaian yang bisa menarik perhatian lelaki(rasanyalah).
pakai eyeliner. biar mata nampak besar(cantik menarik tertarik juga. ops terlebih!) hehehh. okay serius balik. sampai saya pun jadi bosan. bukan nak bongkak atau takbur mahupun riak. tapi ini kenyataan nya. rimas kena kacau dengan lelaki ajnabi. rimas bila diri ini diratahi mata lelaki ajnabi. rasa berdosa.
okay. based on my story and reflect it with the hadith above. think positive mungkin Allah tetap biarkan saya, wanita berjilbab dikacau oleh lelaki, untuk menguji saya. menguji keimanan saya. mungkin. siapa tahu suratan Ilahi bukan?
kekadang, main badminton dengan kakak kat belakang rumah, tak pakai tudung pun. selamba pakai tight and shirt lengan pendek. selamba! :'( jahil sungguh diri ku ini.
nak sapu sampah depan rumah, sidai kain ke, kemas depan ke, selamba je keluar walaupun kepala telanjang tak ditutup. dekat casa, kalau kawan ajak main badminton kat basement, selamba turun walaupun pakai baju lengan pendek, tanpa pakai stoking. jahilnya.
pakai baju tapi telanjang. macam mana tu?
"Hai Asma, seseungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini,” sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR. Abu Daud dan Baihaqi).
benar, tutuplah aurat. tapi... tak usah ketat. pakai tu biarlah longgar2 sikit. pernah dengar WIR? wear it right. macam seluar. pakai seluar. kalau ye pun nak ketat, padankan dengan baju yang panjang. tak usah lah tuck in bagai. ketat seluar sampai nampak seketul kanan, seketul kiri. jalan lenggang lenggok, nampaklah dua ketul itu bergerak atas bawah. Pada siapa nak ditunjukkan aurat tu? pada siapa nak dibanggakan tu? malulah pada Dia yang menciptamu. auratmu hanya untuk dia, suamimu.
Alhamdulillah. Allah masih sayangkan saya. Dia bagi peluang untuk saya perbaiki diri ini. menjadi lebih baik. bila dah selesa pakai yang longgar2, bila saya try nak pakai balik seluar jeans lama, mak aiiihhhhh. ttak keluar bilik lagi ni, tapi saya dah malu. tak sesiapa nampak lagi ni. saya dah malu.
itulah. kadang2 perasaan malu ni bagus. untuk elakkan kita mencemarkan maruah kita. banyak jugalah baju yang saya akan sedekahkan padda orang. atau mungkin saya akan jualkan. wallahualam. tengok dulu macam mana. baju kurung untuk raya tahun ni pun, saya tak nak pakai lagi sebab saya tak selesa dah..
kawan saya kata, perubahan saya drastik. bukan perubahan sedikit demi sedikit tapi perubahan yang keseluruhannya. mereka risau saya akan jemu. insyaAllah, saya takkan jemu. insyaAllah.
dekat Taylors. dah takde lelaki ajnabi yang mengganggu dengan senyuman sumbing, dah takde mata-mata sumbang yang melirik pada diri ini. Alhamdulillah. saya nak pandang lelaki pun dah tak macam dulu. kalau tengah berborak. saya kurangkan bertembung mata. saya banyak menunduk. tapi saya akui, saya jarang bergaul dengan lelaki kat sana.
kakak pesan, dia suruh saya jadi garang sikit, supaya lelaki takut nak kacau. tapii.... saya taktau nak garang macam mana. -_- nak keraskan suara? macam mana???? nak garangkan muka? errrr. yang tu, boleh cuba kot. heeee. okay2. so back to the topik.
Al-Qur’an surat Annur(24):31
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumur (Ind: jilbab)nya ke dadanya…’”
pakai tudung biarlah berpada. dada tu tutuplah. nak pakai shawl boleh je. asalkan dilabuhkan sikit di bahagian dada. seeloknya pakailah inner before pakai tudung. sebab saya perasan shawl mahupun tudung bawal ni sebenarnya nipis. boleh nampak leher, telinga. jadi apa gunanya? pakai stoking juga, jangan lupa. sebab aurat kita sebenarnya wahai wanita sekalian, seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka sahaja. takde pun dia sebut kaki. jadi kaki itu haruslah dilindungi. sebab setiap aurat yang terdedah akan tetap dihisab.
jadi, semoga sama2 kita mendapat hidayahNya. amin. uhibukifillah. :)
9 comments:
salam ukhuwah:)
pengalaman kita lebih kurang sama.coincidentally:)...insyaAllah Allah pelihara kita:D.aminn...semoga perubahan yang kita lakukan berkekalan sehingga bila-bila.selamat bermujadah!:)
salam ukhuwah. :)
insyaAllah,semoga Allah permudahkan segalaNya. selamat bermujahadah juga Syarfa. :)
jodoh2.... haih..baguih hang ni. c=
haih..jodoh2..baguih hang ni.. C=
perkongsian bermakna :D
perkongsian bermakna :D
:D jazakalah khair kerana sudi follow blog saya. :)
Nabi s.a.w bersabda: "Ada apa antara aku dengan dunia ini? Tidaklah aku berada di dunia ini kecuali bagaikan seorang pengendara/penempuh perjalanan yang berteduh di bawah sebuah pohon. Kemudian dia beristirahat sejenak di sana lalu meninggalkannya." (H.R. Tirmidzi)
Bear this in mind and every ibadah will be easy eventually.
jazakallah khair senior. :)
Post a Comment