اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
When i was still in the plane, heading to Madinah. I could not believe it myself that I'm on my way to Madinah. Rasa tak layak. Rasa dosa masih macam pasir2 kat pantai.
The moment I saw the glimpse of Masjid Nabawi, sebak. I choked. I told myself, I wanted to go to Masjid Nabawi malam tu jugak. Pergi sorang pun takpe. I don't mind. I miss a place that I have never visited before, is that even possible?
Walaupun tak boleh masuk, since it's already passed 10 p.m, and they already closed the door. I prayed beside one of the doors. I could not describe this feelings. The feeling of calmness. Hiba. Rasa nak kutuk diri sendiri atas segala dosa2 yang pernah dilakukan. Rasa bahagia. Sebak. Memang automatically air mata tak boleh nak tahan.
Although tempat tu a bit chaos with children running around and laughed but nothing beats that feeling of serenity I felt that time.
The next day, Ustazah brought us to visit Prophet Muhammad s.a.w., masa ramai2 berpusu menuju ke raudhah, rasa sebak. Sebab tak percaya yang i'm getting closer to a place where jasad kekasih Allah di kebumikan.
Sungguh, masa menunggu giliran nak masuk raudah, rasa rindu tu menggunung. Teringat balik semua cerita2 tentang Rasulullah, para sahabat. Bila kubah hijau jelas dalam pandangan, salam diberikan dan semua salam yang dikirimkan disampaikan satu persatu. Sebak. Teringat jugak sahabat nabi, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Sebak.
Melangkah sahaja setapak di atas permaidani hijau, walaupun hiruk pikuk tempat tu dengan pelbagai bahasa meminta diberi laluan, rasa tenang. Salah satu tempat mustajab untuk berdoa. Kalau aku diberi rezeki, kalau bisa, teringin untuk bertafakur dan beristighfar lebih lama di Raudhah. Sungguh.
Sungguh, walaupun ketika baru sahaja naik ke atas bas, untuk menuju ke Mekah, rasa rindu terhadap Rasulullah, para sahabat dan Masjid Nabawi sudah pun menggunung.
Doakan, semoga Nurazira binti Abd Ghani dimurahkan rezeki untuk menunaikan umrah mahupun haji lagi ketika masih mampu, fizikal, mental dan kewangan. Amin!







No comments:
Post a Comment