اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Ada something yang berubah. apa? tak pasti. tapi yang pasti, ada rasa kehilangan. ana ke yang berubah? atau situasi? ana sorang je ke yang rasa macam ni? atau sebenarnya orang lain pun turut merasai? salah ana ke? kalau ya, ana sendiri tak pasti apa salah ana. ana ke yang sebenarnya menjauhkan diri? atau sebaliknya?
Things that we planned ain't going the way we planned. why? because we are the planner. we are not the one who can make it happen. only Him, the Almighty.
Pernah tak terfikir kenapa orang yang tak beribadah boleh berjaya, yang tak ditimpa ujian boleh berjaya? Pernah tak terfikir kenapa orang yang dah berusaha sedaya upaya, tapi diberikan ujian dan pada akhirnya masih tak berjaya?
Pertama-tamanya, bersyukurlah ke hadrat Ilahi kerana kita masih berada di bawah ujiannya. Ujian itu bukan bermakna Dia tak suka akan kita mahupun tak nak kita berjaya. TETAPI, dia ingin menguji kita. Dia sayang akan kita, hamba-hambaNya. Kerana itu dia turunkan ujian demi ujian untuk kita hadapi. Ingatlah, Allah takkan menduga seseorang melebihi kemampuannya.
Mungkin kita akan berfikir, ujian ni sangat berat dan kita akan mula berkata, betapa beratnya ujian ni untuk kita lalui. Tapi pernah tak kita terfikir betapa istimewanya kita kerana di beri ujian sebegitu rupa? Pernah tak kita terfikir betapa istimewanya kita kerana diberi ujian sebegitu rupa sebab kalau diletakkan orang lain ditempat kita, mungkin sahaja mereka tak setabah kita. benar, semua orang ada ujian yang berbeza, mengikut kemampuan masing-masing tapi tak semua setabah kita, selemah kita, sekuat kita. Jadi janganlah mengeluh tika diberi ujian, malah bertabahlah kerana hukumnya wajib. berhusnul zhan lah dengan Allah. tersenyumlah dan bergembiralah kerana Allah masih sayang dan pedulikan kita.
Pernah tak kita terfikir, kenapa Allah tak menguji orang-orang yang berbuat dosa dan maksiat padaNya?
Tu namanya istidraj.
Apa itu istidraj? "Istidraj adalah kenikmatan yang Allah berikan walaupun kita ingkar kepadaNya, bukan untuk menandakan Dia tidak kisah akan dosa kita, tetapi menandakan bahawa Dia tidak lagi peduli dengan kita dan hendak membiarkan kita ke neraka. Maka apalah sangat nikmat dunia yang sedikit ini yang Dia berikan terlebih dahulu kepada kita, berbanding nerakaNya yang sangat dahsyat yang akan Dia berikan kepada kita di akhirat sana." -Hilal Asyraf-
Pernah tak kita terfikir, kenapa Allah tak menguji orang-orang yang berbuat dosa dan maksiat padaNya?
Tu namanya istidraj.
Apa itu istidraj? "Istidraj adalah kenikmatan yang Allah berikan walaupun kita ingkar kepadaNya, bukan untuk menandakan Dia tidak kisah akan dosa kita, tetapi menandakan bahawa Dia tidak lagi peduli dengan kita dan hendak membiarkan kita ke neraka. Maka apalah sangat nikmat dunia yang sedikit ini yang Dia berikan terlebih dahulu kepada kita, berbanding nerakaNya yang sangat dahsyat yang akan Dia berikan kepada kita di akhirat sana." -Hilal Asyraf-
Jadi, bersyukurlah andai masih diuji oleh Dia. Dia sayangkan kita. He knows the best and he's the best planner. :)
3 comments:
Nak ja like banyak2. Thanks :)
hehehh.. Jazakallahu khairan kathira. :) May Allah guide us both..
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
[Az-Zumar:49]
Astaghfirullah.
Post a Comment