اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Ana cuma mempunyai seorang kakak di dunia ni. Masa kecil-kecil dulu tak rapat pun dengan beliau. dah cemana nak rapat kalau petang-petang asyik turun je main dengan kawan-kawan dan Naim. -___- memang. masa ana tadika, beliau dah sekolah menengah. masa kecil mana pernah duduk berdua borak pasal girl stuff. kot ye duduk mesti berempat. main nyorok2, main tiru gaya macam saya, main makan2 kuih raya masa puasa *eh?*. kalau kena kunci kat depan pintu rumah, empat2, meniarap, tinjau dekat bawah pintu rumah, minta maaf kat mak. :')
sama2 kene tonyoh dengan minyak tanah, buang daki. -__- hahaha. biasalah budak kecik. tapi makin besar, makin ana memahami dan mengerti betapa pentingnya seorang kakak, nak nak bagi seorang adik perempuan bongsu macam ana.
Ana masih ingat, masa beliau decide nak masuk asrama masa beliau form 5, ana menangis masa hantar beliau. even tak rapat lagi masa tu. :)
bila dah besar ni, kehadiran beliau rasa sangatlah penting. dah besar ni, boleh tukar2 pendapat kalau ada masalah. share2 problem. bagi pendapat untuk outfit. tukar2 selendang. :P pinjam baju pun boleh. hehee.
that one year.. she make me realized. she make me awake. Alhamdulillah. thankyou sis, for that 'reminder'. I am grateful to have her in my life.
9 Ogos hari tu, birthday beliau. Ana dah tak bukak facebook, atau pun twitter. phone ana takde bateri plus kredit pun hampeh. that night, ana tak tahu cemane nak wish beliau. last2 ana tertidur tanpa sempat buat apa-apa. the next day, ana decide nak wish beliau di blog. by leaving a comment at one of her newest entry. ni link dia..
heee~ memandangkan ana tak balik rumah almost 3 weeks. tetiba ana rindu beliau. :'( takpe2. after final which this thursday is my last paper, i'll be back home~ hoorayyy~ then, we'll celebrate your birthday kay sis? :P
nanti belanja baju raya kay? eh? terbalik eh? :P hehee, nanti tolong ana pilih baju raya kay? tak shopping lagi ni. ngeee~
last but not least,
" Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Nurliana, Allah selamatkan kamu~"
wish lagi sekali lah eh?
"Sanah helwah kakak. semoga diberkati Allah, dan semoga dikurniakan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. semoga dimurahkan rezeki. semoga menjadi seorang guru yang berdedikasi. saya sayangkan cik, kerana Allah. and saya rindu cik. ❤"
No comments:
Post a Comment