Followers

Thursday, August 16, 2012

Ramadhan



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ramadhan dah nak pergi meninggalkan kita. Kalau nak cakap pasal goals untuk Ramadhan, sedihnya memang tak banyak yang tercapai. Ada laa satu dua yang Alhamdulillah, memberangsangkan. Perubahan? Ana tak rasa ada perubahan yang berlaku. Bagi ana lah, tak tahu kalau orang sekeliling perasan ke tak. Tapi satu je yang selalu ana ingat, "Allah pandang kualiti, bukan kuantiti." :)


10 Ramadhan terakhir ialah minggu terakhir bagi summer semester ana. Alahai, busy nya memang tak boleh nak kata. Almost three weeks ana tak pulang ke Seremban. sedih tak? Weekends nak harap kan free? memang tak. busy setiap hari. Presentation, assignment, quizzes, progress test 2, macam-macam lagi. memang busy. okay, salah ana jugaklah tak usaha curi waktu nak terawih. (tunduk bawah, kesat air mata)

Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan sebelumnya? Wallahualam. bagi ana, adalah baiknya dari Ramadhan lepas. tapi to be honest, wallahualam. Apa yang ana fikir sekarang, sempatkah ana bertemu Ramadhan pada tahun depan? Masih berpeluangkah ana untuk berterawih pada tahun depan? Wallahualam. Masa di casa, suasana raya serius tak rasa pun. tak rasa apa. tak sehebat gembiranya masa nak sambut kedatangan Ramadhan. tapi bila dah sampai rumah kat seremban ni, memang.... memang dah rasa sikit lah suasana tu. yelah, balik2 tengok bersusun kuih raya. kakak and mak dah cerita pasal baju raya. mana tak rasanya?




this year, dapat lagi kad raya dari dua orang kesayangans. :P Salsabila and Ras. hehee. terharu ohh dengan kad tu. weheee. Jazakillahu khairan kathira. Take care okay? dua minggu cuti ni. Lama tuuuu~ Syu, Hajar, Aina, Fuzah, Ras, Salsabila.. jangan main mercun tahu? bunga api pun tak boleh. mercun bola lagilaaaa, tak boleh. :P makan banyak-banyak kay? tapi jangan sampai tak muat dah baju raya. heheee. tak sampai sehari berpisah, ana dah rindu.. macam mana? :( 

okay. serius balik.

Dear Ramadhan Kareem,
Semoga diri ini dipanjangkan usia untuk bertemu lagi denganmu pada masa hadapan. sesungguhnya, dengan hadirnya dirimu, ukhuwah antara kami(kakak-kakak ADP) makin kukuh, makin teguh. insyaAllah, kerana Allah. 

Dengan keberkatanmu dan keizinan Allah, Alhamdulillah, ada benda yang berubah. insyaAllah akan terus berubah, menjadi lebih baik, walaupun bukan lagi berada di bulan Ramadhan. segala nilai-nilai yang dipraktikkan masa Ramadhan akan terus dipraktikkan pada bulan-bulan berikutnya sehingga kita berjumpa lagi, insyaAllah.

Maaf, andai ada tersalah kata, terkasar perbuatan dan sebagainya. :') I'm going to miss you Ramadhan. 

Assalamualaikum.

p/s : May you celebrate this Eid Day with happiness even if they are not by your side. Pray for them and insyaAllah, I will too. 


1 comment:

Nadzreen said...

"Allah pandang kualiti, bukan kuantiti."
Yup, sangat betul. Sebab tu la Allah timbang amalan, bukan kira amalan. Maka buatlah amalan walau sekecil-kecil amalan. Sebab kita tak tahu amalan apa yang berat, yang akan memberatkan timbangan tu nanti. :)