entry kali ni saya nak share sedikit tentang novel-2 yang saya pernah baca. hihii. membaca ni ekceli one of my hobby. so, kalau birthday saya, korang nak bagi novel pun takpe. ecehh. perasan. sapa nak bagi kau hadiah hari jadi haa Azira? -__-
hihii. i cant remember the whole storyline. well. almaklumlahh. banyak gila novel saya dah baca. kihkihh. so, this is for somebody yang kaki novel. :)
before that, saya nak share sikit pengetahuan saya tentang publisher-2 yang famous amos. hee.
example : Alaf 21, kaki novel, buku prima, NB, Fajar Pakeer and banyak lagi.
and antara penulis-2 novel yang saya tau.
example : Fauziah Ashari, Damya Hanna, Ratu Bulan, Anis Ayuni, Siti Rosmizah, Anita Aruszi, Fatin Nabila, Aisya Sofea, Emma Maizura, Norhayati Berahim, Fazie Hanna and banyak lagi writer2 yang sangat hebat. :D
hihii. and bagi yang malas nak pergi bookstore. even bookstore tu just sekaki dari pintu rumah. -_- hahha. u'olls boleh just taip URL ni.
www.penulisan2u.blogspot.com
kat website ni. banyak writer-2 muda yang sangat talented and diorang siap ada follower untuk cerpen or novel masing-2. :) sangat banyak pilihan okay. dah boleh rambang mata nak pilih which one is the best. tapi. i suggestkan utk u'olls. baca cerpen roommate yang romantik. hihii. cerpen ni sangat suweet tau. siap ada edisi ke - 2 lagi. sangat tak rugi untuk spend masa yang terluang. :) enjoy!
so, saya terus membebel tentang semua ni. mari kita mulakan antara novel yang saya suka baca. tak pernah rasa bosan untuk membacanya even dah berpuluh kali. hihii.
this one i cant remember much. tapi saya pernah baca. best tau. bagi yang belum baca. saya syorkan belilah. hihii. even buku ni dah dekat pasaran lama gila. bertahun dah kot. tapi. sangat syiok.
this one either. best jugak. :)
ombak rindu ni. kalau saya tak salah. dia ada sambungan cerita. tajuk sambungan tu. Cinta.. Tiada akhirnya. oh. paling saya ingat. heroin cerita ni nama dia Izzah. kalau tak salah la. hihii. and both novel start dengan " Izzah!!" hihihii. :) sangat best jugak.
karya Anis Ayuni ni not bad. ni pun sama. rasanya saya baca buku ni masa Form 2. haaa, lama kan? kihkihkihh. so. macam logiklah kan saya tak ingat. :3
tiada sepertimu. buku dia quite thick tau. after all. best jugak. sebab this guy dia muda lagi tapi berjaya uruskan sebuah restoran. and dia telah selamatkan nyawa heroin ni. the best part is. that heroin tak kenal dengan this guy. grrr~ frustrating betul bila tak boleh ingat nama hero and heroin dia. -_- yang kenal cuma Mama this girl. sangat sweet jugak. sebab cerita ni base on nilai2 pengorbanan dan kemanusiaan. :)
syurga di hati pun best. hihii. saya ada buku ni. sape nak pinjam? angkat tangan! hihii. yang area seremban laa. yang jauh. tak dapek den nak nolong. novel ni cerita tentang family yang pentingkan persahabatan dari kebahagiaan anak. sedih jugak cerita ni. tssk tssk. :'( ohh. okay. over pulak. :P
heee. this one. nice one jugak. dah semua nice kalau macam tu. -_- kihkihkihh. dia erm. ada part yang. sangat depressing. bilamana dia mengalah dengan kakak dia sebab diorang share boyfie yang sama. tapi ekceli boyfie ni sangat penakut untuk speak out tentang perasaan dia yang sebenar. so, korang akan rasa nak belasah je boyfie ni. hii. and sebab lelaki tak guna ni jugak, kakak heroin ni, sanggup lempar gelas dekat kepala heroin ni sampai berdarah. ecehh. menarik perhatian tak? heee. so, apalagi. beli lahh. :D
murni kasih. tajuk cerita ni diambil sempena nama heroin ni. and hero dia nama Ojan. cerita tentang 3 sahabat. and this Murni, buat bussiness sendiri. lepas dia berjaya habiskan study kat luar negara. dia dirikan sebuah rumah persaraan. bukan macam rumah orang tua2 tau. dia macam. more to rumah untuk menemani warga tua yang kesunyian. anak2 boleh melawat. rumah persaraan ni dapat perhatian dari golongan2 elit. diorang siap hantar nanny untuk jaga mak ayah diorang. jaga anak2 pun boleh. idea rumah persaraan ni Murni ambil dari idea orang luar negara. and saya rasa, Murni Kasih ini boleh dijadikan inspirasi kepada generasi2 muda macam saya. :D
i cant remember much. but i think. this one pun ada storyline yang nice. :)
this one saya beli masa bookfair dekat PWTC that day. hihii. siap ada signature from Norhayati Berahim tau. ihikhik. jangan jealous. Muna watak utama. ni pun heroin yang sangat encouraging bagi mereka2 yang cepat berputus asa and bagi mereka yang tak pernah menghargai apa yang mereka miliki hari ini. belilah. takkan menyesal punya. :)
novel ni pulak cerita tentang sepasang adik beradik kembar. Adlyna and Adreena yang berebutkan seorang lelaki. Adreena deserve Syukri as her husband than Adlyna yang sangat selfish. ringkaskan cerita sikit. Adlyna ni, dia kakak. dia independent and tak suka dikongkong. dia jenis yang tahu apa yang dia mahu. sangat selfish and boleh dikatakan kurang ajar. while Adreena ni seorang yang baik hati. taat kata orang tua and sangat bertanggungjawab. best cerita ni. hihii. baca eh. ohh. kulit buku ni, i'm definitely sure diorang ambik dekat Bukit Tinggi. :D
nota cinta buatmu pulak. saya boleh ingat nama hero-2 dia. Graham and Dihrran. erm. pasal convert agama. best lah jugak ni. hihii.
goshhhh! this one, nice shot! heee. buku dia nipis je. tapi padat. seriously sangat berbaloibaloi. hihii. nama heroin Ika. tapi tak ingat pulak nama hero dia. sedih tau cerita ni. and sangat sweet sebab lelaki ni sweet gila. :) perkenalan selama berapa minggu ntah. 2minggu i guess. so ni membuktikan love at first sight memang wujud. do enjoy yourself by reading it. :)
ni novel pertama yang saya baca. Dina and Iwan. hero dan heroinnya. tapi sayangnya. dah hilang. entah. salah letak kot. hihihii. best kot. korang sendiri boleh fikir secara logik betapa bestnya buku ni sampai jadikan saya seorang kakinovel. hehehee. bacalahh. who knows, you'll be just like me. :D
ni kalau tak silap. novel kedua saya. saya beli pakai duit simpanan saya hari2. saya beli dekat Terminal One Seremban dekat Popular Bookstore. :) best. berlatarbelakangkan suasana estet. and cerita tentang family yang tak kisahkan pangkat atau darjat. read it guys.
this one lah yang saya maksudkan baca banyak kali tak pernah muak. Zahlia and Tengku Syahran. perkahwinan yang berakarkan kontrak. but at last. masing2 jatuh cinta. sangat sweet. sebab Syah ni tak pernah give up untuk ambik hati Zahlia supaya Zahlia pun fall in love dengan dia. :) baca! wajib! :D
ni pulak novel yang sangat sedih! dari awal sampai habes korang akan bertemankan air mata. nipis je buku ni. tapi padat dengan scene-2 yang sedih. satu demi satu dugaan yang datang pada heroin ni. and scene yang saya paling ingat ialah scene masa dia sambut birthday anak tiri dia dekat tepi pantai and berlaku accident yang sangat sedih. serius sedih. anak dia kene gilis and so do her husband sebab husband dia try nak selamatkan anak dia. end up dengan tayar kereta tu berhenti betul-2 atas kepala husband dia and badan anak tiri dia. :'( macam mana Fazie Hanna punya idea untuk menulis novel ini? Wallahualam. yang pasti, sangat berkesan cerita ni.
novel ni tebal tapi best. girl yang sangat inginkan pekerjaan driver sebagai karier. pelik kan? last2 dia kahwin dengan bos dia sendiri. hee. best-2. :D
novel pertama Siti Rosmizah. and yang paling menarik. dia dapat ilham menulis novel ni melalui mimpi dia 3 hari berturut2. hari pertama tentang permulaan. 2nd day tentang pertengahan and 3rd day tentang ending story ni. sedih. i wish saya macam beliau. huuu~
buku ni tebal. serius tebal. hero dia doktor. and isteri dia orang kaya yang jatuh miskin. masa baca buku ni korang akan rasa macam nak wrestling heroin ni sebab dia bajet bagus sangat! tak sedar diri. and kekadang korang akan piss off dengan hero ni sebab terlalu menurutkan kata-2 isteri tersayang. and kekadang korang bengang dengan semua watak dalam cerita ni except abah mertua heroin ni. :) bacalah. kawan saya baca buku ni and then dia terus berangan nak kahwin dengan doktor. kihkihkihh. penangan dia kuat kot. so, bacalah. buku ni rasanya tahun ni baru di pasaran.
ratu bulan. heee. saya beli buku ni kat bookfair jugak. saya tertarik dengan buku ni sebab dia based on football. faham2 lah kan? kawan saya kan pemain bola. :) so, feeling2 macam kalau baca buku ni boleh understand perangai2 footballer ni. kihkihh. novel yang penuh sense of humor. memang stok gelak je ni. saya rasa kalau lelaki baca pun okay. sangat sesuai untuk teenagers. so, beli cepat2. hihii. and kalu tak keberatan. lepas baca, bagi comment korang tentang buku ni dekat blog saya. :)
i'll be waiting. hihii.
nota kaki : i ambik nota kaki ni dari novel prince charming lahh. hehehh. kantoi! :P
3 comments:
gila lah azie.. pencita novel.. ;)
dulu masa bujang memang rajin la baca novel nie..bila dah kahwin, novel dah jadi tukun kat rumah. tak sempat nak baca dah...huhuhuhu
wadi ~ hee. haruslah. sangat best!
kayrul-syah ~ huhuu.kalau ada masa terluang. bacalah. :)
Post a Comment