hai.
saya baru pulang dari kampung halaman.
kg. parit haji yusuf, benut.(JOHOR)
betolak petang, pukul 5.30 and sampai lapan something.
sampai rumah nenek je, tekejut!
apasal gelap semacam je ni.
okay, dulu nenek duduk kat rumah tu dengan family pak ngah.
serius, dulu.
masa balik kampung excited, sebab dapat jumpa sepupu sepupu.
gelak2. tengok tv sama2. gosip2. tanye pasal pakwe. ehh, tipu! :p
sekarang, pak ngah dah pindah rumah.
ye, takdelah pindah sampai ke kampung sebelah.
setakat rumah sebelah je.
kau boleh jerit panggil woii woii lagi.
kau boleh guling2, confirm sampai depan rumah diorang.
tapi yelah.
bagi saya still jauh.
saya nak pegi mana2 pun rasa takut je.
macam haunted dahh rumah tu.
kalau dulu, tengok tv ada astro!
macam2 ada.
tp sekarang.
saya lebih rela kira semut kat dalam tv sebab memang tak berapa nak nampak actor or actress.
muka farid kamil kang bertukar jadi rosyam nor.
HAHA. boleh bayangkan?
masa malam tu, lepas dinner.
memanglah family pak ngah datang.
salam mak, nenek and saya.
tapi, takdelah sampai bermalam kat rumah nenek.
kejab je, sebab katanya tengah masak kat rumah dia. okay takpe.
saya diam je laa, setia mendengar.
lepas diorang balik, saya terus takut.
taktau kenapa.
lampu pulak memang tak bukak semua. macam membazir pulak.
kalau dulu ye laaa.
ramai penghuni kat rumah tu.
sorang kat ruang tamu.
sorang kat dapur.
sorang kat ruang tengah.
sorang kat beranda.
sorang kat bilik.
sorang kat jamban.
confirmlaa bukak semua lampu kan?
malam tadi, mak borak2 dengan nenek kat bilik.
tinggal saya kat ruang tengah.
tengok tv semut -_-
takpe2, janji dengar suara diorang.
saya tengok tv sambil msg orang.
line pulak macam malu2 kan?
terpaksa menebeng kat tepi tingkap.
berusaha carik line.
korang bayangkan.
kitorang duduk tiga orang pun saya dah seram.
bayangkan kalau nenek duduk sorang2.
okay takla sorang2.
siang je sorang2 sebab rapi dgn iwan sibuk siang2.
sorang g keje, sorang g sekolah.
tapi still macam kesian kan kat nenek. :'(
haihh.
pagi2 lagi kitorang dah bangun.
sebab nak balik seremban awal, mak ada keje.
dari kat rumah petang semalam nenek dah asyik tanya pasal beg saya.
berkenan rasanya.
dia tanya beli kat mana.
harga berapa.
saya ingat dia saja nak tanye.
pastu pagi tadi, dia cakap dia nak beg saya tu.
dia kata nanti dia bagi duit suruh saya beli beg lain. :')
takpe, untuk nenek saya bagi beg tu.
then. masa saya tengah pakai shawl.
tetiba nenek masuk bilik.
saya tahu. nenek nak bagi duit.
then mata saya spot nenek pegang 3 keping duit RM50!
korang tahu RM50!
kalau dah tiga, total: RM150!
alahaii nenek.
kenapa la banyak sangat.
saya terus cakap.
" eh, kenapa banyak sangat ni nek? beg tu bawah 50 je. bagi sehelai je laa, yang lain nenek simpan."
nenek : eh. tak apalah. ambik aja.
saya : alaaa, banyak sangat ni. nak buat apa banyak2. nenek simpan je. ( dalam hati dah sebak)
nenek : tak apa. amik je. amik kalau tak kene lempang.( nenek buat ai terharu! :')
saya : alaaa, kalau nak bagi sangat sehelai dah cukup.
* so adegan gaduh pasal duit ni berlarutan*
nenek nak sumbat je 150 tu kat tangan saya.
tapi saya genggam kuat2.
last2 nenek sumbat dalam handbag saya. -_-
nenek : takpa. nenek ambik 50. yang lain kau amik.
terus saya peluk nenek. cakap terima kasih semua. ( saya tak sampai hati nak amik tahu?)
nenek : bagus cucu nenek ni. belajar pandai2. kasihan. dah pegi sekolah nanti. gunalah duit ni untuk makan minum. :')
awwwwhh. nenek, adek sayang nenek.
lepas dah get ready tu.
mak suruh salam nenek.
salam semua.
nenek cium pipi kiri kanan. :-*
saya : nenek, jaga diri baik2 ye?
*nenek terus menangis.* :'(
nota kaki : pak ngah. lawat lah nenek. kesian nenek.:'(
ai nak nangis laaa macam ni.
kbyee
4 comments:
nenek sayang same kamu. untung kita masih ade nenek yang sayang kita.. ;)
eh. i follow adeq! hehe.
SYAGILLAH nenk selagi masih ade di dunia.. to azie taniah kerana masih igt nenek yg tgk tv semut tu.. haha
wadi ~ awwwh.
thankyou.
sape punya blog ni? hehehh.
yeahh. adek syg nenek. <3
hazim ~
:) terima kasih.
Post a Comment